dulu
aku paling tunggu raya haji
sebab raya ni lah dapat kita sembahyang raya bersama
walau pakai kita tak sedondon
walau langkah kita tak sehala
dulu
aku paling tunggu raya haji
sebab masa ni lah dia ada masa malam raya
tengok tv sama sama
walau tak cakap sepatah apa
dulu
aku paling tunggu raya haji
sebab masa ni lah pagi raya dapat makan cukup 1 keluarga
walau sembang kita tak sama
tapi tu dulu
semua tu sedikit tiada makna lagi
kalau tak takkan semudah tu kau angkat kaki
pergi tanpa pandang belakang lagi
bagi kau itu perkara kecil sahaja
tak sedikit ada makna
tak penting untuk kau ingat dalam kepala
tapi bagi aku
perkara kecil itulah yang ada dalam ingatan
sebab tu sahaja kenangan yang kau tinggalkan
sebelum kau pergi tanpa pesan
untuk aku ingat tiap setiap kali raya korban
sebab aku percaya kau akan kembali
bila dunia tikam kau dari belakang
bila darah daging buang kau sehelai sepinggang
kau akan merangkak mencari
mana perkara kecil yang kau cicirkan
mana masa silam yang kau tinggalkan
yang kau buang tanpa belas ihsan
dan aku harap hari itu raya haji
raya haji yang aku akan tunggu lagi
"appreciate small things that you do with people you love. cause you never know that it would mean the world to them" - sapik (2013)