Friday, May 31, 2013

bunyi macam senang

dulu

masa aku nak usya ex aku
makan bulan
makan tahun
baru aku berani cakap

sekarang

nak try yang baru pun sama
makan bulan
tahun je belum sempat makan lagi
pun tak berani cakap

end up
aku jugak masuk angin keluar asap

bunyi macam senang

aku ada kawan
kalau bab adjust awek
dia champion

entah apa minyak dia calit
entah apa ilmu dia tuntut
borak sikit-sikit dah dapat nombor
adjust sikit-sikit dah kapel

bunyi macam senang

tak payah bbm
tak payah wassap
tak payah twitter 
tak payah fb

ini aku dah habis kerah 
segala jenis pelusuk teknologi
segala jenis medium sosial
pun macam tu jugak

bunyi macam senang

sama ada ni perihal self confident
atau perihal salah cara approach
atau perihal salah orang

entah

kau lelaki
takkan nak tunggu perempuan bagi hint
kau lelaki
make a move

pull the trigger
swing the bet

bunyi macam senang

tapi aku tak suka cara senang

biar hard sikit
biar kental sikit
baru kau appreciate
baru kau tau nilai dia

susah dapat
susah lepas

itu konsep dia

bunyi macam senang
tapi bunyi tak seindah rupa


p/s : boleh buat novel cerita aku ni barangkali

p/s (II) : cerita camni ada hati nak buat novel

p/s (III) : si ketom perli aku buat 'p/s' ni. biar ahh. aku ada banyak 'p/s'. kau ada?

p/s (IV) : kenapa aku mula suka tulis entri sekerat-sekerat ni

p/s (V) : kenapa aku mula suka tulis entri luahan hati ni. ah pedulik apa. *flip rambut*








Thursday, May 30, 2013

pelangi

kau pernah kejar pelangi tak?
ya
pelangi

benda yang kau nampak kat langit tinggi
tapi bersambung kat kaki langit

secara logiknya kau boleh capai pelangi tu
secara logiknya kau boleh kejar pelangi tu
tapi bila kau sampai kat kaki langit pelangi tu takde
dan kau cuma mampu tengok je pelangi tu kat langit tinggi sampai hilang

itu aku rasa

kejar kau macam kejar pelangi
bila aku rasa dah sampai
bila aku rasa boleh capai
kau tak ada
rupanya kau masih kat langit tinggi
tak mampu aku nak capai
tak mampu aku nak kejar
tapi kau masih bagi harapan yang kau ada kat kaki langit

kenapa kau kena jadi pelangi?


"ibarat mengejar pelangi. tak tercapai dek tangan. tak terkejar dek kaki."-Sapik (2013)

*mungkin lebih baik kejar bayang-bayang dalam cermin. kau boleh sentuh. kau boleh rasa. walaupun dia cuma bayang-bayang. sekurang-kurangnya dia dekat dengan kau walaupun sebenarnya jauh. 


p/s : ayat last tu acah-acah lagu mirrors-justin timberlake. terpengaruh barangkali

p/s (2) : sebelum ni blog aku asyik cerita benda serius. tapi kali ni aku nak cerita pasal hidup aku. pedulik apa aku. blog aku. suka aku ahh.

p/s (3) : eh berapa banyak 'aku' da

p/s (4) : eh berapa banyak 'p/s' da



KELUAR DARI KOTAK

Kau pernah tak buat keputusan yang kemudian harinya kau menyesal?
Kau pernah tak rasa, 'Ah bodohlah, kenapa aku pilih jalan ni?'
Kau pernah tak rasa, 'Kalau aku dulu buat sekian sekian sekarang ni mesti aku dah jadi sekian sekian.'


Tu lah manusia. 

Kau bila tak buat silap, kau tak belajar
Bila kau tak buat silap, kau tak tahu
Thomas Edison gagal 1000 kali baru lah dia dapat buat mentol
Tapi tu Thomas Edison 

Aku bukan Thomas Edison

Kalau agaknya dulu aku masuk SBP lepas UPSR entah kat mana aku sekarang ek?
Kalau agaknya aku isi borang MRSM atau SBP lepas PMR dulu entah kat mana aku sekarang ek?
Kalau lepas SPM aku pergi diploma bisnes dekat Segamat, entah kat mana aku sekarang ek?
Kalau aku amik akaun masa kat matrik dulu entah kat mana aku sekarang ek?


Kalau ayah aku bagi pergi SBP lepas UPSR aku tak jumpa kawan-kawan aku sekarang. 
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan badminton aku
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan lepak kat Darul Masyur sampai 3-4 pagi
Mungkin aku tak jumpa ex aku
Mungkin aku tak perlu sakit sampai hari ni

Kalau aku isi borang SBP dan MRSM lepas PMR dulu
Mungkin 125 aku tak hilang
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan main paintball aku
Mungkin aku tak serapat macam sekarang dengan kawan-kawan aku
Mungkin aku tak ada kat Malaysia sekarang ni
Mungkin jugak blog ni tak ada

Kalau aku pergi Diploma Bisnes Management kat UiTM Segamat dulu
Mungkin sekarang baru aku nak masuk degree
Mungkin aku tak payah kusut kepala layan calculus
Mungkin aku tak payah nak sesak kepala dengan Classic Mechanics
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan PDT aku yang awesome
Mungkin BBM aku senyap sikit hari ni
Mungkin aku pergi Terengganu hari tu aku tak jejak UMT untuk jemput Fara Tom Mimi dengan Fiffy
Mungkin Mimiy tak makan celup tepung sampai habis
Mungkin aku tak pernah cuba nak bukak kerang guna sebelah tangan


Tapi tu semua 'kalau' dan 'mungkin'
Benda dah lepas
Aku nak fokus yang sekarang
Ubah mana yang patut sebelum aku makin menyimpang

Hidup sekarang aku rasa terumbang-ambing
Ada masa aku rasa kuat sampai nak letak masalah negara atas bahu
Ada masa nak jinjing beg pergi kelas pun tak mampu
Ada masa aku rasa macam nak start motor pusing satu semenanjung

Mungkin itu manifestasi jiwa aku barangkali
Rebel
Mahukan kebebasan
Mahukan keputusan sendiri dibuat oleh diri sendiri


Aku yang pilih untuk hidup dalam kotak
Sedangkan aku bukan orang yang suka duduk dalam kotak
Kau pernah duduk dalam kotak?
Apa rasa?
Lemas
Rimas
Tak bernafas
Tu aku rasa

Tapi kenapa aku masih duduk dalam kotak?

Sebab nak berpura-pura jadi manusia berdisiplin?

Sebab nak acah-acah 'rare'?

Ah bodohlah
Kenapa aku tak pernah fikir panjang?

Kau boleh jadi bebas seperti burung helang kat langit but instead kau pilih jadi burung helang dalam sangkar
Kau boleh jadi bebas macam jerung kat laut, instead kau pilih jadi jerung dalam aquarium
Kau boleh jadi unta bebas kat padang pasir, instead kau pilih duduk dalam kandang


Dunia ni luas

Kau hanya perlu teroka


Keluar dari sangkar
Keluar dari aquarium
Keluar dari kandang

Keluar dari kotak kehidupan

Sebelum kau masuk dalam kotak kematian

Masa tu dah tak boleh keluar dah

Dengar je orang baca talkin

Tunggu orang sedekah Al-Fatihah
Tunggu orang sedekah Yasin

It's now or never

Tuesday, May 7, 2013

PRU-13 : This is Malaysia

#TUJUAN PENULISAN INI BUKANLAH BAGI MEMBODEK ATAU MENGAMPU MANA-MANA PIHAK. INI MERUPAKAN SATU GARAPAN DARI SUDUT PANDANGAN SEORANG YANG NEUTRAL. SUNGGUH! AKU NEUTRAL#     

 PRU-13 telah melabuhkan tirai. Kerajaan BN masih memegang tampuk pemerintahan negara bagi 5 tahun akan datang. Aku percaya, pilihanraya ini dijalankan dengan setelusnya. TAPI. Andai kata ada ketidaktelusan dan kantoi dengan rakyat. Well, sendiri mau ingat lah Najib. Itu rakyat mesti turun ke jalan. 

BN kali ni masih lagi hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 133 kerusi Parlimen berbanding PRU-12 iaitu 140 kerusi. Penurunan sebanyak 7 kerusi kali ni. Aku nak ulas figure ni panjang-panjang tak guna. Yang penting BN menang ye tak. And Rosmah Najib still stand as the PM of Malaysia. Tahniah bagi anda. *clap-clap*

          *************************************************************

Walaupun aku tahu tahun depan aku dapat BR1M, baucer buku dan macam-macam lagi produk 1 Malaysia, aku masih ada sedikit terkilan. Aku tak dapat tengok kerajaan beralih tangan. Don't get me wrong. Aku bukan penyokong PR tegar. I'm truly natural. Duduk di tengah, bash mana yg salah. Cuma macam aku cakapkan tadi. Aku teruja nak tengok tampuk pemerintahan negara berubah. Andai kata terjadi lah pada 5 Mei 2013 yang lepas, I'm one of the person 'who live to tell the stories'. Sejarah terukir bagi aku bila selepas 55 tahun, negara kita berubah tangan. Then we can decide mana yang lebih better ye tak? Ok, sebenarnya bukan ni yang aku nak goreng. Benda dah lepas. Najib pun dah selamat angkat sumpah. So selamat menjalankan tugas!

Sebenarnya aku lebih tertarik dengan aftermath PRU-13 ni. Guess what? Lagu-lagu perkauman sudah mula dikumandangkan. Isu 13 Mei mula disebut-sebut. Apa ni? What's all about this crap?

Kita negara berbilang bangsa. Berbilang kaum. Berbilang agama. Kenapa isu ni nak dipetik balik? Yes, people who forgot history tends to repeat it. Itu kata-kata Tun Mahathir dalam buku sejarah tingkatan 3. Aku masih ingat. Tapi ini bukan caranya. Kita ingat dengan cara menstabilkan hubungan antara kaum. Mengelak konfrontasi dan kontroversi antara kaum. Bukan dengan bangkitkan balik isu sensitif ni. This is wrong bro. This is totally wrong.

Dalam ucaptama dia malam kelmarin selepas berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, Najib keluarkan statement yang pada aku kurang bijak iaitu kekalahan BN di kerusi-kerusi tertentu adalah disebabkan gelombang Cina. Ironi bila pelopor kepada idea 1Malaysia, end up menjadi orang memulakan hari pertama sebagai PM pada penggal baru tentang kaum. Pada pandangan aku, bila jadi rusuhan kaum, ada parti yang akan dapat benefit. Guess who? 

Kita orang Melayu sibuk bercakap pasal hak orang Melayu, hak Bumiputra dan sebagainya. Kita ada kelebihan dalam kuota masuk Universiti walaupun A sekerat dua dan ada gagal. Kita ada kelebihan dalam tender kerajaan walaupun syarikat kita tu ada rekod buruk dan tak mampu nak perform. Kita ada kelebihan dalam sektor kerja kerajaan dan macam-macam lagi benefit di bumi Malaysia. Dan kita bangga dengan segala kelebihan tu padahal kelebihan tu tak semua kita gunakan sebaiknya. Yang dropout dari Universiti, anak Melayu. Yang mengalibabakan tender kerajaan, syarikat melayu. Yang curi tulang kat sektor kerajaan, orang Melayu jugak. So ini yang kau nak banggakan? Kemudian kau laungkan 'Jangan kacau hak Melayu!!' secara tiba-tiba. Bagi aku, kau ni ibarat orang yang ada kebun, kebun kau siap ada pagar, ada guard, dan tiba-tiba ada orang lalu. Then kau jerit, 'Kau jangan curi buah kat kebun aku!!' sedangkan orang tu cuma lalu je. Melayu macam ni kesian. Hidup takutkan bayang-bayang.

Setiap kaum dalam dunia ni akan cuba menuntut yang terbaik bagi kaum mereka bagi mengekalkan kelangsungan hidup kaum tersebut. Sebagaimana Melayu cuba mempertahankan hak Melayu, sebagaimana itulah juga Cina menuntut hak sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana kita pentingkan anak bangsa kita untuk pergi masuk U, kerja kerajaan dan sebagainya, macam tu lah jugak mereka. Bila orang Cina pentingkan bangsa dia dalam segala benda, itu normal sebab semua nak pastikan kaum dan bangsa mereka survive dan tidak tercicir. Jadi kita sama je.

**************************************************************************

Tun Mahathir pernah berkata sesuatu yang bunyinya lebih kurang begini, 'Keharmonian antara kaum tak pernah wujud sebenarnya, yang ada hanyalah topeng-topeng bagi menyembunyikan wajah kaum masing-masing.'. Ironi bila orang yang Ultra Melayu berkata demikian. Dan aku rasa kita kena ubah cara pemikiran ni. DS Najib sibuk laungkan 1Malaysia, tapi surat khabar Utusan dan Kosmo punya muka depan berbunyik perkauman. Mana akta hasutan? Ni dah kira sebagai 'spark' dalam api perkauman.

Sebab tu aku cakap, ada 'hidden hand' yang menyebarkan isu 13 Mei ni. Orang Melayu pulak terkenal dengan paranoidnya. Dulu sibuk Illuminati. Sekarang 13 Mei pulak? Stop it laaa. Kita marah bila Amerika paranoid dengan 9/11 dan menuduh orang Islam pengganas. Tapi apa yang bezakan kita dengan mereka? Kita sama je paranoid. Move on Malays, move on. Kita kerja keras, majukan negara sama-sama. Contohi sikap kerja keras orang Cina. Aku tau niat orang-orang lama ni nak mengingatkan kita pasal 13 Mei. Umpama bapak yang pesan anak dia, 'jangan bawak laju-laju, nanti eksiden' tapi ironinya bapak yang nasihat anak tu tengah bawak laju dan merbahaya. Nampak tak? Sama macam isu ni, kau nak mengingatkan, tapi pada masa yang sama kau tengah memacu kita ke arah tu dengan broadcast isu 13 Mei ni. Niat dah bagus, cara tu salah. 

Aku tahu ada penyokong tegar dan Ultra-ultra Melayu akan bash aku dengan ayat, 'Kau tak suka jadi Melayu, pergi tukar bangsa lain', 'Kau tak suka duduk Malaysia, pergi duduk negara lain' dan macam-macam lagi. Jawapan aku mudah. Kau siapa nak suruh aku tukar bangsa dan halau aku dari Malaysia?. Negara ni bukan bapak kau yang punya. Ni negara kita. Ini negara Malaysia. Sama-sama kongsi, sama-sama duduk. Sama jugak kau tak ada hak nak halau bangsa lain dari negara ni dan bangsa lain tak ada hak nak halau kau. Semangat perkauman ni kita dah boleh campak tepi. Sebab dalam Islam pun dah cakap dah pasal hal keturunan dan bangsa ni.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).-Al Hujarat ayat 13.

See, Allah dah lama berfirman dah pasal benda ni. Keturunan dan bangsa tak menjanjikan apa-apa. Agama yang jadi tiket kau ke syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? - Ar Rahman ayat 16



**************************************************************************

Sama macam isu agama. Agama Islam dah termaktub dalam perlembagaan sebagai undang-undang yang tak boleh dipinda dan tidak boleh dipersoalkan waima kau ada 2/3 suara majoriti. Mesti ramai tak tahu kan?

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
  • Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
  • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Soal berkaitan kerakyatan.

Nampak? Orang Melayu yang menggelabah bontot lebih. Nak kata bodoh kang marah. Cakap maki bangsa sendiri. Tapi memang Melayu ni ramai yang bodoh sombong, pemalas. Baca dan share apa ada di FB dan twitter tanpa selidik dulu. Bila suruh baca Perlembagaan, tanya balik aku, 'Nak buat apa baca perlembagaan persekutuan??'. Kang aku maki bangang kang marah.


"Habis dulu Tun M pernah kurangkan kuasa Sultan, boleh je? Tak mustahil nanti pembangkang boleh kurangkan kuasa Sultan dan hapus hak orang Melayu!"

*facepalm*


Suruh baca dan fahami perlembagaan taknak. Tun M licik. Dia masukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan dimana YDP Agung perlu bertindak di atas nasihat jemaah menteri. Dan dengan ini barulah dia wartakan untuk mengurangkan kuasa veto sultan dan membuang imuniti raja-raja Melayu. Tapi Tun M pandai. Demi tak menyusahkan dia dimasa hadapan dalam memperjuangkan hak Melayu, beliau meletakkan syarat bahawa Artikel 40 (1A) hanya termaktub bagi undang-undang sekular. Bagi undang-undang dan hal berkaitan agama dan hak Bumiputra masih tertakluk di bawah kuasa YDP Agung dan raja-raja Melayu.
Dah faham?


Aku kesal dengan jawapan Najib hari ni bila ditanya mengenai tajuk muka depan Utusan dan Kosmo dan jawapannya kurang bijaknya ialah 'Kenapa akhbar cina boleh tapi Utusan tak boleh?'.


*facepalm*



DS Najib sebagai pemimpin negara sepatutnya tidak mengeluarkan jawapan sedemikian. Sebagi orang paling atas dalam negara beliau patut hentikan semua ni. Kuasa ada di tangan beliau. Come on la DS Najib!! Baru berapa lama memerintah and that is the best answer you can give on your first day?? Berbeza dengan Obama yang pada ucaptamanya apabila menang penggal kedua, beliau melaung-laungkan semangat American Dream dan kembali mengingati dan menghayati isi-isi Declaration of Independence. Dimana rakyat ketika itu bersatu demi menuju kemajuan negara dan langsung tidak membangkitkan sentimen perkauman. Nampak bezanya?

*******************************************************************************

Aku sedar apa yang aku cakap ni akan membangkitkan perasaan marah dalam kalangan orang Melayu. Tapi hakikat tu memang sakit bila terpukul di muka sendiri. Berkata lah benar walaupun pahit kita terpaksa telan. Mari kita kenang kembali bagaimana Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar menyatupadukan rakyat Malaysia demi menuntut kemerdekaan. Bagaimana Tun Abdul Razak menitik beratkan soal perpaduan dalam Rukun Negara. Jangan kita sia-siakan negara hanya untuk kepentingan kaum. Apa pun, sepertimana Tun M pernah kata, 'bila ada orang buat tak elok pada negara saya, kenapa saya kena diam? Kenapa saya tak boleh nak kata apa-apa?'

Well buddy, this is my Country. This is OUR Country. THIS IS MALAYSIA.






#STOPRACISM
#KICKRACISMOUTOFMALAYSIA