Saturday, October 8, 2011

:: KMJ, PSPM, KAKOM dan Kawan ::

Semenjak peristiwa itu, agak lama guwa tak bukak blog ni. Entah dah kena delete ke, ban ke, guwa tak amik kisah pun Tapi hari ni, entah macam mana, guwa rasa nak jenguk balik blog ni. 'Oh, bernafas lagi rupanya blog ni.' bebel guwa sendirian sambil diperhatikan adik guwa yang tengah menganga tengok tv. Apa yang jadi dulu biarlah berlalu. Guwa malas nak singkap kisah lama. Let bygone be bygone la bak kata omputih. Semua post-post lama guwa dah delete dah. Sekarang ni guwa nak re-branding balik blog ni. Nak mulakan hidup baru, dan lupakan kisah hitam dalam hidup guwa. Tak, apasal guwa bercerita beriye-iye macam cilake ni?!

Sekarang guwa nak sambung cerita. Guwa sekarang dah masuk tahun ke-2 Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.(ada macam grand tak bunyinya??). Keputusan guwa sem lepas??Jangan tanya kalau rasa nak tengok hari esok. Cukuplah untuk guwa kata, cukup-cukup makan. Yela, usaha pun cukup-cukup makan, keputusan pun macam tu la ye tak. Hidup kat KMJ guwa rasa makin pack. Dengan kelas dari pagi sampai lewat petang, assignment, tutorial dan lab report yang melambak buat guwa rasa macam nak give up je matrik ni. Tapi bila fikirkan nak masa depan yang grand, guwa tak boleh mengaku kalah bhai!!! Satu hari nanti guwa nak pakai kemeja lengkap bertali leher, seluar slack hitam beserta kasut kulit. stethoscope tergantung elok kat leher, kot putih paras-paras lutut dimana tersematnya name tag tertera 'Dr.M.Shaffiq' sambil fail perubatan guwa pekup ke dada rapat-rapat gaya seorang doktor yang sedang melihat rekod perubatan pesakit.

"Err, nurse. Encik Ali nampaknya sudah sedar dari koma dan keadaannya sudah mula stabil. Jadi saya mahu beliau ditukarkan ke wad biasa tengah hari ini. Tapi pastikan pemantauan rapi dilakukan ya?"

"Baik doktor. " - jawab nurse sambil tersenyum manis lantas mengambil fail perubatan dan berlalu pergi.

Stylo jugak bunyi nya kan?Ok, guwa dah menyimpang jauh ni.

****************************

Berbalik pada cerita asal. PSPM 1 tinggal beberapa minggu je lagi. MUET guwa pun lebih kurang 10 hari lagi. Makin sesak bhai kepala. Kalau nak kira total chapter unuk sem ni je dah dekat 42 chapter nak cover. Amacam?Ada baik ka? Patut la ramai budak goyang nak masuk matrik kan. Elok-elok dulu kena belajar 3 subjek, sape tah gampang pergi tambah lagi satu. Jadikan empat. Wadafak!!
Ribut bhai otak. Tapi level of confidence kena tinggi. Guwa taknak target kecik-kecik. Target guwa 4 Flat. Fullstop.

Habis pasal akademik. Belum cerita pasal KAKOM lagi. Buat julung-julung kalinya guwa akan menerajui platun dari KMJ ke Karnival Kokurikulum Matrikulasi kat KMS bulan 11 ni. Dan guwa kembali memegang watak sebagai ketua platun yang bengis selepas dua tahun guwa tinggalkan jawatan tu. Goyang bai nak balik in action. Nampak je muka ganas. Tapi guwa takleh nak bayangkan perasaan guwa nak masuk ke dataran kawad bila tiba hari pertandingan. Umpama pengantin baru yang menunggu masa nak masuk bilik pada malam pertama. Seronok pun ada, takut pun ada.

*******************
Habis pasal matrik. Guwa sebenarnya ada rasa sikit terkilan tahun ni. Bukan sebab putus tunang ke ape. Tapi pasal guwa hilang kawan. Kawan yang guwa kenal selama 7 tahun.Kawan yang pernah susah senang bersama dengan guwa masa jatuh bangun guwa tiba-tiba buang guwa dari hidup dia. Satu guwa nak cakap kalau guwa jumpa dia. Guwa nak jerit 'FAKYU!' sambil tunjuk jari tengah kat depan muka dia. Apa salah guwa sial sampai lu nak buang guwa macam tu je. Padahal lu dengan guwa kenal bukan sehari dua, tapi 7 TAHUN bai!!! Kalau guwa ada anak dengan dia, budak tu dah pandai kelentong guwa mintak duit beli buku latihan untuk dapat duit lebih semata-semata nak belanja kawan makan aiskrim calong lima posen tu. Nak putus hubungan pulak kena dapatkan hak penjagaan anak. Kena turun naik mahkamah. Tapi itu mustahil sebab kawan guwa tu lelaki dan guwa tak pernah menodai dia. Sepanjang guwa kenal dia, hampir setiap hari guwa jumpa dia. Kerap kali awek guwa mengadu yang dia rasa seperti dimadukan dek kerana hubungan guwa yang terlalu intim dengan kawan guwa tu bagaikan laki bini kesana-sini.(Ok ni tipu. Awek guwa dulu memang tak amik port benda-benda camni.).

Tah apa angin dia, sejak berhijrah ke KL, dia lupa kawan. Balik Muar, tapi tak reti nak roger member. Sedar-sedar guwa jumpa dia kat warung Pesta Baru tengah mabuk-mabuk minum air tembikai yang sebenarnya tak memabukkan bersama kawan-kawan jamming lu. Tu belum part guwa kecik hati dengan perangai lu yang lupa kawan. Berapa kali guwa datang KL nak lepak ngan lu, tapi acap kali guwa call, lu bagi alasan kat sana la, sini la. Awek ni suruh amik la, kawan ini kena pukul la dan pelbagai lagi alasan. Sekali lagi guwa nak cakap. 'FAKYU!!'

Banyak lagi benda guwa nak tulis. Tapi cukup lah sekadar apa yang perlu. Kau pun dah lupa kawan dan benda ni pun dah lama berlalu. Tapi tah apa angin guwa nak tulis malam ni.Lantak la. Satu hari nanti guwa yakin. Kau sendiri akan sedar kesilapan kau. Pokok pangkal ceritanya, guwa nak kembali menulis, tapi sebenarnya guwa tak ada idea. So guwa goreng je apa-apa cerita yang terlintas kat kepala guwa sambil nak bagitau guwa dah re-branding balik blog ni. Guwa nak tulis apa je yang terlintas kat kepala guwa lepas ni. Persetan sama apa orang nak kata.

p/s : 'Shaffiq Malek is back!!!'




4 comments:

  1. guwa rase cam kenal kawan yang lu ceritakan ni .

    ReplyDelete
  2. Rasanya patut ko cakap Shaffiq Malek is back..
    ok find..ni pon blog ko kan..haha

    Nota:Mana entri kontroversi yg menyebabkan blog ko ni meletup satu ketika dahulu...dah buang ekk..hahaha

    ReplyDelete
  3. abangku sudah kembali lah! ^^ lame tunggu update dari abang! XD

    ReplyDelete
  4. actually i know nothing about u. u too know nothing about me. it just that i found ur blog n im interested that u want to be a doctor. my advise is if ur result is 4.0, then go ahead with ur ambition. but if ur result is just 3.7 sumthing, better u plan sumting to back up ur future job. im not trying to make u feel down or what so evr. im just dont want ppl like u to regret in future. n plez bear in ur mind that if u r not a doctor, u still can be a succesful person. trust me coz it is quite tough to get a place in ipta especially medicine course.

    sory for disturbing u. but i like ur spirit.

    ReplyDelete