Thursday, October 13, 2011

Tewas di tangan budak

Minggu lepas punya cerita. Guwa sebenarnya segan nak cerita benda ni. Bak kata orang, ibarat membuka pekung di dada. Tapi pekung tak pekung. Peduli apa guwa. Cerita dia camni.

Kat kuliah guwa ada sorang amoi ni. Cukup lah guwa gelarkan dia BM. BM ni guwa cakap lu, dah namanya amoi, dah tentu lah putih ye tak. Kalau nak bandingkan ngan kawan guwa Mimi tu, dah tentu la macam buah chess hitam dengan yang putih. Jauh beza bhai!! Amoi ni memang superb guwa cakap lu. Kulit dia halus, gebu. Rambut ikal paras atas-atas sikit dari pinggang. Satu kali dia senyum, kalau lu lelaki, confirm cair. Pandai pun pandai. Senang cerita complete package la dia ada.Tapi satu je slack kat amoi ni. Suara dia ada macam jantan sikit. Kalau dengar suara dia, lu boleh meragui la gak status keperempuanan dia. Tapi tu apa ada hal ye tak, Scha Alyahya tu pun suara besar. Tak ada siapa kisah pun?Guwa dah lama rikey-rikey amoi ni. Tapi guwa rikey saja-saja je la. Stok bosan-bosan la katakan. Lagipun masa ni guwa belum ada awek.

Tapi tu la, comel mana pun amoi tu, awek guwa yang Melayu original 10 kali lagi comel dari amoi tu. Lagipun leceh la nak kapel ngan amoi ni. Banyak rintangannya. Belum kira nak kawin lagi. Nak kena tukar agama la, itu la , ini la. Cheh, macam konfiden je kan guwa boleh dapat amoi tu?

Ok, sambung cerita. Minggu lepas hari Rabu, guwa ada kuliah pagi-pagi. 2jam straight pulak tu. Nak dijadikan cerita, pagi tu guwa selesema agak teruk la. Masuk je kuliah Math, hidung guwa dah mula gatal-gatal. Guwa time tu tengah berkira-kira nak ponteng je kuliah. Mana boleh tahan bhai, hidung tengah berkuah, boleh pulak guwa nak fokus. Tapi disebabkan guwa fikir PSPM tak sampai sebulan je lagi, guwa kuatkan iman untuk terus berada kat dalam kuliah.

Masa kuliah Math dah dekat tengah-tengah, guwa bersin tanpa sebarang amaran awal. Satu je guwa punya perangai, kalau bersin kasi hentam betul-betul. Jangan tahan-tahan. Bergegar kejap la dewan kuliah time tu. Cikgu Math senyum je kat guwa. Menandakan dia agak terganggu dengan bunyi bersin guwa. Guwa senyum nipis tanda faham.

"Time selsema ni pekena teh tarik pun baik gak"-getus guwa dalam hati.

Guwa bagi signal kat member guwa Hapiz yang guwa tunggu dia kat kafe.


Guwa dengan segera capai dompet atas meja dan melangkah keluar dari dewan kuliah pada 15 minit terakhir kuliah Math. Nawaitu guwa, nak pergi makan sambil kasi reda guwa punya selsema sebelum masuk kuliah Fizik.

*******************

Sampai je kat kafe guwa capai pinggan, bubuh nasi lemak dua senduk, tabur kacang goreng 3-4 sudu, campak telur sebijik, dengan sambal tumis 3 sudu.

"Berapa bang? Dengan teh tarik satu."

"Tiga setengah dik."-jawab brader kafe dengan muka yang agak toya.

Guwa capai tiga keping nota seringgit dan sekeping syiling 50 sen lalu guwa letak atas meja kaunter. Tanpa banyak cakap, guwa capai teh tarik yang masih berbuih dan cari tempat duduk.
Tiba-tiba Hapiz datang tegur guwa dari belakang.

"Weh, hari ni kau ngan BM matching lagi eh. Ada apa-apa ke korang ni?"

"Lah, standard la. Nama pun couple kan."- jawab guwa ringkas.

Hapiz dengan selamba mengangkat jari tengah dan meletakkannya kat depan mata guwa membuatkan guwa agak tersentak. Cilake, kenangkan guwa tengah lapar dan tak berapa nak sihat, kalau tak dah lama guwa tepek sambal tumis ni kat muka dia. Guwa tak hiraukan Hapiz dan sambung makan.

Hapiz!! Guwa gerak dulu!! BM dah mesej suruh masuk kuliah, dia rindu guwa tu!! keh keh keh- jerit guwa sambil melangkah pergi dari kafe.

Gerak sekarang!!! Kalau gerak dulu dah lama sampai!!- jerit Hapiz dari jauh lantas mengangkat jari tengahnya sekali lagi sambil membasuh mulut yang merah dek sambal tumis.

Cilake.

******************

Kraaakkkk.

Perlahan-lahan guwa susun langkah masuk ke dewan kuliah. Kuliah Fizik dah 5 minit berjalan. Cikgu pulak tengah sibuk bincang pasal soalan PSPM. Jadinya guwa agak selamat la ketika itu memandangkan cikgu pun agak leka tengok slide . Hapiz menyusul tak lama tu lantas merebahkan bontot dia kat kerusi sebelah guwa. Tengah guwa nak bukak nota Thermodynamics, BM pandang belakang dan senyum kat guwa.

"You kenapa? Tak sihat ke?"

Guwa agak tersentak dengan pertanyaan tu. Hapiz pulak agak ternganga bila amoi tu bercakap ngan guwa. Masa tu satu baris tu pandang guwa dengan mata yang agak sinis.Tapi guwa tak cepat melatah. Guwa tarik nafas panjang sikit, kasi 'up' level of confidence.

"Oh ha'ah. Saya tak berapa sihat la. Selsema dah 2-3 hari."

"Kesian you. Dah tau tak sihat kenapa datang kuliah?"

"Ala, sikit je ni. Lagipun dah nak PSPM kan, macam rugi pulak kalau I MC."-goreng guwa sambil jeling kat budak-budak row guwa. Semua berbulu je tengok guwa borak ngan amoi tu.

"Owh, OK."-senyum amoi tu lalu kembali fokus kepada cikgu di depan.

Guwa senyum nipis sambil jeling kat Hapiz. Hapiz geleng kepala. Tanda dia mengakui kehebatan guwa. Budak-budak lain masing-masing buat muka bengang kat guwa.

Keh keh keh.-Ketawa guwa dalam hati. Masa tu guwa fikir guwa dah cukup 'king' dah. Dapat borak dengan amoi pujaan kuliah 4. Akid, budak yang guwa gelar belum Mumayyiz jeling guwa dengan pandangan yang agak sinis.

**********************

Habis je kuliah Fizik guwa bersiap-siap untuk ke kelas lain. Tiba-tiba Akid bangun dan membuka handphone dia.

"Eh-eh, nak tengok tak?"

"Kau nak tunjuk apa Kid??"

"Kau tengok je la."

Dalam hati guwa, kalau setakat nak tunjuk gambar dia ngan amoi ni ingat guwa nak layan. Takdenye bro!!Tapi sangkaan guwa meleset. Akid tanpa segan silu membuka handphonenya dan menghulurkan telefon ke arah BM.

"BM, nak nombor"'-kata Akid ringkas.

Guwa beserta budak-budak yang lain ternganga dengan tindakan Akid. Seluruh row terdiam. Akid guwa pandang kecik besar-kecik besar je.

Guwa kira-kira berat Akid ni dalam 50kilo je. Kalau guwa banting dia dari atas ni boleh sampai ke tengah dewan jugak la.

Tapi guwa rilex lagi. Hati guwa yakin yang amoitu takkan bagi punya nombor dia kat budak ni. Masa tu guwa dah ready nak gelakkan budak Akid ni kat depan muka dia kalau amoi tu reject permintaan dia. Memang guwa nak gelak puas-puas punya. Tapi sangkaan guwa meleset sekali lagi. Amoi tu amik handphone Akid dan mendail nombor dia.

SHIT!!!

Jerit guwa dalam hati.

"Jangan bagi seiapa tau nombor I."-pesan BM kat Akid selepas selesai memberi nombor kat Akid sambil mengangkat beg dan berlalu pergi.

Guwa ternganga sambil memberi renungan tajam kat Akid. Guwa macam tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi. Hapiz yang dari tadi ketawa tak henti-henti menghampiri guwa lantas menepuk bahu guwa perlahan.

"Lu kalah dengan budak belum mumayyiz bro."- kata Hapiz lantas menyambung gelaknya.

"FAKKKKK!!" -Carut guwa kesat.

"Guwa kalah dengan budak kecik?"- jerit guwa ringkas.

Budak row guwa tumpang ketawa sekaki. Guwa jeling tajam sambil berkira-kira nak hadiahkan tendangan padu kat perut sorang-sorang.

Cilake.

Guwa capai pen G-soft serta pensil 'shaker' dan sumbat ke dalam pencil case guwa.

"Ala, BM tu bagi Akid nombor sebab dia anggap Akid macam adik-adik je. Akid kan belum Mumayyiz. Guwa tak heran la."

Ujar guwa lagi sambil mencapai beg dan berlalu pergi.

"Sudah-sudah la tu, guwa pikir lu dah cukup 'king' tadi bila borak ngan amoi tu. Rupanya Akid lagi teging. Siap mintak nombor lagi" - sambung Hapiz sambil ketawakan guwa lagi.

Pedepekkkk!! Belum sempat Hapiz elak, tangan kiri guwa pantas hinggap kat dada dia.


"Jom pergi kelas la sialll!!"

Satu hari tu guwa asyik kena bahan je dengan budak kelas guwa pasal peristiwa ni. Cilake.

**********************
p/s : ni kalau cik awek baca ni, kompom tarik muka ngan guwa..keh keh keh~

5 comments:

  1. hehehe...
    Amoi ye...
    Cite2 nak jadi kasanova la ni..
    kah3

    ReplyDelete
  2. Keh keh keh. Ala,saja buat bahan dlm kuliah.stndard la.tp skrg dh xleh dh.nti org jauh jeles..ahaha

    ReplyDelete