Tuesday, May 7, 2013

PRU-13 : This is Malaysia

#TUJUAN PENULISAN INI BUKANLAH BAGI MEMBODEK ATAU MENGAMPU MANA-MANA PIHAK. INI MERUPAKAN SATU GARAPAN DARI SUDUT PANDANGAN SEORANG YANG NEUTRAL. SUNGGUH! AKU NEUTRAL#     

 PRU-13 telah melabuhkan tirai. Kerajaan BN masih memegang tampuk pemerintahan negara bagi 5 tahun akan datang. Aku percaya, pilihanraya ini dijalankan dengan setelusnya. TAPI. Andai kata ada ketidaktelusan dan kantoi dengan rakyat. Well, sendiri mau ingat lah Najib. Itu rakyat mesti turun ke jalan. 

BN kali ni masih lagi hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 133 kerusi Parlimen berbanding PRU-12 iaitu 140 kerusi. Penurunan sebanyak 7 kerusi kali ni. Aku nak ulas figure ni panjang-panjang tak guna. Yang penting BN menang ye tak. And Rosmah Najib still stand as the PM of Malaysia. Tahniah bagi anda. *clap-clap*

          *************************************************************

Walaupun aku tahu tahun depan aku dapat BR1M, baucer buku dan macam-macam lagi produk 1 Malaysia, aku masih ada sedikit terkilan. Aku tak dapat tengok kerajaan beralih tangan. Don't get me wrong. Aku bukan penyokong PR tegar. I'm truly natural. Duduk di tengah, bash mana yg salah. Cuma macam aku cakapkan tadi. Aku teruja nak tengok tampuk pemerintahan negara berubah. Andai kata terjadi lah pada 5 Mei 2013 yang lepas, I'm one of the person 'who live to tell the stories'. Sejarah terukir bagi aku bila selepas 55 tahun, negara kita berubah tangan. Then we can decide mana yang lebih better ye tak? Ok, sebenarnya bukan ni yang aku nak goreng. Benda dah lepas. Najib pun dah selamat angkat sumpah. So selamat menjalankan tugas!

Sebenarnya aku lebih tertarik dengan aftermath PRU-13 ni. Guess what? Lagu-lagu perkauman sudah mula dikumandangkan. Isu 13 Mei mula disebut-sebut. Apa ni? What's all about this crap?

Kita negara berbilang bangsa. Berbilang kaum. Berbilang agama. Kenapa isu ni nak dipetik balik? Yes, people who forgot history tends to repeat it. Itu kata-kata Tun Mahathir dalam buku sejarah tingkatan 3. Aku masih ingat. Tapi ini bukan caranya. Kita ingat dengan cara menstabilkan hubungan antara kaum. Mengelak konfrontasi dan kontroversi antara kaum. Bukan dengan bangkitkan balik isu sensitif ni. This is wrong bro. This is totally wrong.

Dalam ucaptama dia malam kelmarin selepas berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, Najib keluarkan statement yang pada aku kurang bijak iaitu kekalahan BN di kerusi-kerusi tertentu adalah disebabkan gelombang Cina. Ironi bila pelopor kepada idea 1Malaysia, end up menjadi orang memulakan hari pertama sebagai PM pada penggal baru tentang kaum. Pada pandangan aku, bila jadi rusuhan kaum, ada parti yang akan dapat benefit. Guess who? 

Kita orang Melayu sibuk bercakap pasal hak orang Melayu, hak Bumiputra dan sebagainya. Kita ada kelebihan dalam kuota masuk Universiti walaupun A sekerat dua dan ada gagal. Kita ada kelebihan dalam tender kerajaan walaupun syarikat kita tu ada rekod buruk dan tak mampu nak perform. Kita ada kelebihan dalam sektor kerja kerajaan dan macam-macam lagi benefit di bumi Malaysia. Dan kita bangga dengan segala kelebihan tu padahal kelebihan tu tak semua kita gunakan sebaiknya. Yang dropout dari Universiti, anak Melayu. Yang mengalibabakan tender kerajaan, syarikat melayu. Yang curi tulang kat sektor kerajaan, orang Melayu jugak. So ini yang kau nak banggakan? Kemudian kau laungkan 'Jangan kacau hak Melayu!!' secara tiba-tiba. Bagi aku, kau ni ibarat orang yang ada kebun, kebun kau siap ada pagar, ada guard, dan tiba-tiba ada orang lalu. Then kau jerit, 'Kau jangan curi buah kat kebun aku!!' sedangkan orang tu cuma lalu je. Melayu macam ni kesian. Hidup takutkan bayang-bayang.

Setiap kaum dalam dunia ni akan cuba menuntut yang terbaik bagi kaum mereka bagi mengekalkan kelangsungan hidup kaum tersebut. Sebagaimana Melayu cuba mempertahankan hak Melayu, sebagaimana itulah juga Cina menuntut hak sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana kita pentingkan anak bangsa kita untuk pergi masuk U, kerja kerajaan dan sebagainya, macam tu lah jugak mereka. Bila orang Cina pentingkan bangsa dia dalam segala benda, itu normal sebab semua nak pastikan kaum dan bangsa mereka survive dan tidak tercicir. Jadi kita sama je.

**************************************************************************

Tun Mahathir pernah berkata sesuatu yang bunyinya lebih kurang begini, 'Keharmonian antara kaum tak pernah wujud sebenarnya, yang ada hanyalah topeng-topeng bagi menyembunyikan wajah kaum masing-masing.'. Ironi bila orang yang Ultra Melayu berkata demikian. Dan aku rasa kita kena ubah cara pemikiran ni. DS Najib sibuk laungkan 1Malaysia, tapi surat khabar Utusan dan Kosmo punya muka depan berbunyik perkauman. Mana akta hasutan? Ni dah kira sebagai 'spark' dalam api perkauman.

Sebab tu aku cakap, ada 'hidden hand' yang menyebarkan isu 13 Mei ni. Orang Melayu pulak terkenal dengan paranoidnya. Dulu sibuk Illuminati. Sekarang 13 Mei pulak? Stop it laaa. Kita marah bila Amerika paranoid dengan 9/11 dan menuduh orang Islam pengganas. Tapi apa yang bezakan kita dengan mereka? Kita sama je paranoid. Move on Malays, move on. Kita kerja keras, majukan negara sama-sama. Contohi sikap kerja keras orang Cina. Aku tau niat orang-orang lama ni nak mengingatkan kita pasal 13 Mei. Umpama bapak yang pesan anak dia, 'jangan bawak laju-laju, nanti eksiden' tapi ironinya bapak yang nasihat anak tu tengah bawak laju dan merbahaya. Nampak tak? Sama macam isu ni, kau nak mengingatkan, tapi pada masa yang sama kau tengah memacu kita ke arah tu dengan broadcast isu 13 Mei ni. Niat dah bagus, cara tu salah. 

Aku tahu ada penyokong tegar dan Ultra-ultra Melayu akan bash aku dengan ayat, 'Kau tak suka jadi Melayu, pergi tukar bangsa lain', 'Kau tak suka duduk Malaysia, pergi duduk negara lain' dan macam-macam lagi. Jawapan aku mudah. Kau siapa nak suruh aku tukar bangsa dan halau aku dari Malaysia?. Negara ni bukan bapak kau yang punya. Ni negara kita. Ini negara Malaysia. Sama-sama kongsi, sama-sama duduk. Sama jugak kau tak ada hak nak halau bangsa lain dari negara ni dan bangsa lain tak ada hak nak halau kau. Semangat perkauman ni kita dah boleh campak tepi. Sebab dalam Islam pun dah cakap dah pasal hal keturunan dan bangsa ni.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).-Al Hujarat ayat 13.

See, Allah dah lama berfirman dah pasal benda ni. Keturunan dan bangsa tak menjanjikan apa-apa. Agama yang jadi tiket kau ke syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? - Ar Rahman ayat 16



**************************************************************************

Sama macam isu agama. Agama Islam dah termaktub dalam perlembagaan sebagai undang-undang yang tak boleh dipinda dan tidak boleh dipersoalkan waima kau ada 2/3 suara majoriti. Mesti ramai tak tahu kan?

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
  • Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
  • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Soal berkaitan kerakyatan.

Nampak? Orang Melayu yang menggelabah bontot lebih. Nak kata bodoh kang marah. Cakap maki bangsa sendiri. Tapi memang Melayu ni ramai yang bodoh sombong, pemalas. Baca dan share apa ada di FB dan twitter tanpa selidik dulu. Bila suruh baca Perlembagaan, tanya balik aku, 'Nak buat apa baca perlembagaan persekutuan??'. Kang aku maki bangang kang marah.


"Habis dulu Tun M pernah kurangkan kuasa Sultan, boleh je? Tak mustahil nanti pembangkang boleh kurangkan kuasa Sultan dan hapus hak orang Melayu!"

*facepalm*


Suruh baca dan fahami perlembagaan taknak. Tun M licik. Dia masukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan dimana YDP Agung perlu bertindak di atas nasihat jemaah menteri. Dan dengan ini barulah dia wartakan untuk mengurangkan kuasa veto sultan dan membuang imuniti raja-raja Melayu. Tapi Tun M pandai. Demi tak menyusahkan dia dimasa hadapan dalam memperjuangkan hak Melayu, beliau meletakkan syarat bahawa Artikel 40 (1A) hanya termaktub bagi undang-undang sekular. Bagi undang-undang dan hal berkaitan agama dan hak Bumiputra masih tertakluk di bawah kuasa YDP Agung dan raja-raja Melayu.
Dah faham?


Aku kesal dengan jawapan Najib hari ni bila ditanya mengenai tajuk muka depan Utusan dan Kosmo dan jawapannya kurang bijaknya ialah 'Kenapa akhbar cina boleh tapi Utusan tak boleh?'.


*facepalm*



DS Najib sebagai pemimpin negara sepatutnya tidak mengeluarkan jawapan sedemikian. Sebagi orang paling atas dalam negara beliau patut hentikan semua ni. Kuasa ada di tangan beliau. Come on la DS Najib!! Baru berapa lama memerintah and that is the best answer you can give on your first day?? Berbeza dengan Obama yang pada ucaptamanya apabila menang penggal kedua, beliau melaung-laungkan semangat American Dream dan kembali mengingati dan menghayati isi-isi Declaration of Independence. Dimana rakyat ketika itu bersatu demi menuju kemajuan negara dan langsung tidak membangkitkan sentimen perkauman. Nampak bezanya?

*******************************************************************************

Aku sedar apa yang aku cakap ni akan membangkitkan perasaan marah dalam kalangan orang Melayu. Tapi hakikat tu memang sakit bila terpukul di muka sendiri. Berkata lah benar walaupun pahit kita terpaksa telan. Mari kita kenang kembali bagaimana Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar menyatupadukan rakyat Malaysia demi menuntut kemerdekaan. Bagaimana Tun Abdul Razak menitik beratkan soal perpaduan dalam Rukun Negara. Jangan kita sia-siakan negara hanya untuk kepentingan kaum. Apa pun, sepertimana Tun M pernah kata, 'bila ada orang buat tak elok pada negara saya, kenapa saya kena diam? Kenapa saya tak boleh nak kata apa-apa?'

Well buddy, this is my Country. This is OUR Country. THIS IS MALAYSIA.






#STOPRACISM
#KICKRACISMOUTOFMALAYSIA









1 comment: