Tuesday, July 9, 2013

bisik nurani

untuk apa dikenang dosa yang sudah
kalau tak pulang ke jalan fitrah
manusia tak lekang dari silap dan salah
pulanglah kau memohon dari yang maha pemurah
kerana Dia tak pernah lelah
dari mengampun si pembuat salah

hari ini azazil dirantai
selepas sudah bulan diintai
sebulan penuh jangan diabai
setiap gerak kita dinilai
setiap kata tiada terabai
moga mulia di mata yang menilai

bulan yang berkatnya penuh
datangnya disambut perginya dia hati tersentuh
itu tanda hati kita utuh
menyahut seruanNya dengan penuh bersungguh

mungkinkah ini peluang terakhir untuk kita menyahut
seruan Dia sebelum kita dijemput
atau mungkin kita sudah sujud
pada nikmat dunia tanpa ada rasa takut
sedangkan bumi sudah semput
menanti hari yakjuj dan makjuj
keluar dari sembunyi dengan penuh takjub
adakah baru kita mahu sujud
pada empunya alam yang sudah lama wujud

fitrahnya kita manusia biasa
punya rasa punya jiwa
mencari jalan mengharfiah kata
bagai hilir mencari muara
bagai burung mencari sarangnya
keras mana hati bicara
kelak pulang mencari petunjukNya
kelak pulang pada jalanNya

pintu keampunan sentiasa terbuka
bagi hamba yang mahu belas ihsanNya
sebagaimana pintu syurga terbuka
begitulah juga luasnya neraka
menanti hamba yang sujud padaNya
atau yang berani berpaling dari Nya
masuklah engkau mengikut hisabNya
nah, maka tepuk dada tanyalah selera

peluang ini kita gunakan
bagi penuhi saham di hari pembalasan
bulan ini jangan kita siakan
penuhkan ia dengan amalan
supaya tak menjadi sesalan
bagai kata bidalan sesal dahulu pendapatan

semoga kita dalam redhaNya
amalan kita dicatit malaikatNya
puasa kita diterimaNya
agar tak tersia bulan kurniaanNya
bulan terbaik anugerah dariNya


p/s : jadi manusia kerja nak tulis pasal cinta tak boleh jugak. nah sebijik puisi ramadhoonn

p/s (II) : ni aku tak cincai taram. buat dengan penuh penghayatan. nak baca cari lagu2 arab sikit. baru datang feel padang pasir.

p/s (III) : selamat berpuasa semua. jom sahur.


No comments:

Post a Comment