Monday, September 23, 2013

firaun

perangai macam firaun

harta tak boleh bawak mati bang
dalam segunung harta kau
ada terselit sekelumit hak orang lain
bukan semua kau punya

kalau semua kau nak bolot
penuhkan tembolok
suap sana sini
esok lusa jawab dekat bawah sana

eh malas abang nak cakap lah
dah besar kan
cuma nak nasihat
sementara boleh berdiri atas kaki sendiri
pulangkan hak orang dulu
nanti dah merangkak baru terkial kial nak suap mulut yang kau abaikan

perangai jangan macam firaun sangat boleh kan

Thursday, September 19, 2013

dilema jalanan

abang yang bawak kereta tu
nak tukar lane bagi Iah signal
terkujat kami yang bawak motor ni
tau lah road tax kami dua ringgit je
road tax abang ratus ratus
tapi nyawa kami tak ternilai
kalau hilang siapa nak ganti?
bukan boleh cari dekat pasar melati

mari mari nyawa untuk diganti
siapa dah hilang beli di sini
kata penjual tu nanti

Ietak diri abang dekat handle kami
tengok kereta pancung sana sini
siapa tak seram nyawa hujung bumper Iori

yang menunggang pun sama

jangan fikir kuasa kuda cecah seribu kau dah kebal
rembat sana sini macam tak ada akal
sepit bawah Iori baru kau menyesal
masa tu baru sedar diri tu bebal
nyawa rupanya tak kekal

maIas cakap banyak Iah

nak sambung balik perjalanan
bersabung nyawa atas jalan
medan bertarung penunggang jalanan

kata putus

sejak dari mula
kita lari bersama
guling bersama
keluar peluh bersama
baring atas muntah bersama

setiap saat kenangan kita
segala ketawa tangis hiba
semua terpahat dalam kepala
tak sepatah aku lupa

semangat aku masih ada
keinginan aku mahukan terus bersama
cuma jatuh bangun kita berbeza
ada sebab atas langkah yang aku mula

maafkan salah silap aku
tingkah laku tutur kata
terguris hati kerana bicara
mungkin ada hikmahnya

bukan aku tiada keinginan lagi
jalan hidup paksa aku berhenti berlari
nafas tersekat di sini
sedangkan jasad mahukan lagi

terima kasih atas kenangan
jaga belakang aku bila aku perlukan
kau semua kawan terbaik pernah dikurniakan
semoga selamat semua hingga ke pengakhiran

ini kata putus aku
jangan ada ikut jejak sumbang ni
kau semua kuat
teruskan berlari
bukan macam si lembik yang dah tak mampu
lari sebelum nampak peluru

"being with you guys is an irreplaceable moment. thanks for everything." -8704988  PK Mohamad Shaffiq Bin Malek

Saturday, September 14, 2013

banyak bunyi

banyak sangat bunyi kau ni
sana sini kau boleh suap dengan duit
tapi darah daging buat macam pemintak sedekah

takpe
sini dunia kau boleh lepas
bawah sana belum tentu lagi
tanam sekali dengan lori kau semua
sikit aku tak heran

belum cerita hujung jalan sana lagi
kemudian kita kira

kau buat lah apa nak buat
teruskan teruskan

kau ada duit
ada kuasa
siapa berani lawan

kau gajah
kami semut
tapi sini dunia
tak lama

aku tunggu hari roda berputar
hari kau cari kami balik
masa tu baru kau tau bumi ni bulat
langit tu tinggi
tanah tu keras

Friday, August 23, 2013

jalan lurus



kecoh sekejap dekat twitter
kawan kawan kolej lama bercerita pasal pensyarah ditangkap
aku sendiri garu kepala.
antara nak percaya atau tidak.

takkan sampai ke tahap tu?

dia orang yang aku hormat
ilmu agama tinggi
pandai bercakap
hebat memimpin

tapi kena ingat

makin tinggi iman
makin besar dugaan Tuhan

kita semua manusia biasa
ujian Tuhan tu lain antara setiap manusia
mungkin tu ujian dia
mungkin ujian untuk isteri dia

jangan buruk sangka
walaupun perbuatan dia jauh dari norma
mungkin ada cerita disebaliknya
macam aku cakap
ujian Tuhan tu macam macam

cuma terbit rasa kesian
kesian dekat anak anak dia
kesian dekat isteri dia
kesian dekat mak dia

entah apa pandangan masyarakat pada mereka
pada ayah mereka
pada suami dia

memang perbuatan dia tak patut
memang perbuatan dia tu dilaknat
amanah dia menjaga pelajar
bukan merosakkan dengan cara terhina

cuma aku sering tertanya

kenapa?

semoga Tuhan kembalikan dia ke jalan yang lurus


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

"Tunjukkan kami jalan yang lurus" 1:6










Monday, August 19, 2013

sudikah kau


macam peluru keluar dari laras
ayat aku tegak tanpa kias
taknak pusing sampai jarum jejak dua belas
hanya minta kau beri jawapan ikhlas

mungkin kau jawapan yang aku cari
dalam usaha kejar pelangi
dalam lelah aku berlari
kau ada bila aku pergi
masih berdiri bila aku kembali
pulang hampa membawa sekeping hati

cumanya selama ini kau bunga di taman orang
tak berani aku nak sunting mahupun pandang
cuma mampu dengar suara di gagang
atau baca apa yang dikarang

kini aku mahu bebas dari sumpahan pelangi
kau pula bukan lagi bunga taman insani
apa salah kita cuba cari serasi
mungkin yang terbaik di waktu ini

sebelum kau dikebas lagi
lebih baik aku ikut kata hati
aku harap kali ini ia menjadi
aku taknak kau jadi pelangi
aku taknak kau jadi bintang langit tinggi
aku cuma nak kau ada disini
duduk dengar sama kelahi
perihal yang jadi di hari ini

ayat aku tiada kias
tegak pergi dia jalankan tugas
tiada kata puitis yang aku galas
atau janji manis sebagai hias

maka sudikah kau

jadi teman seperkelahian
atau teman dalam kegembiraan
mahupun teman dikala keperitan
juga penyeri dalam ikatan

jadi
sudikah kau?

"i can't promise you neither moon or sky. but i'll promise to give you more than that. that is keeping my promises" - sapik (2013)


p/s : aku harap budak budak KMJ tak baca entri ni. ok fullstop.





zon kawan


"aku bukan tak suka kau. cuma kalau boleh kita jadi kawan je lah dulu eh?
at least kita boleh gurau macam biasa. tak ada tacing-tacing." - kawan a.k.a crush (2013)


ayat ni pedih

sumpah pedih
lagi pedih dari ayat ni

"alah, kau tak hensem lah. poket tak lebat. mana sesuai jadi pakwe aku. 
tak nak lah couple dengan kau." - awek kapitalis materialis a.k.a firaun (2013)

kena friendzone ni lagi pedih dari kena reject direct bai

dia ibarat selumbar dalam tangan
makan dalam
kau nampak selumbar tu
tapi kau tak boleh buat apa
bila kau cuba korek
selumbar tak keluar
tangan pulak makin koyak
macam tu lah

beza dengan kena reject direct
dia macam pisau
sekali hiris
pedih dia kau rasa
tapi bila luka tu beransur sembuh
kau tak rasa apa dah

melainkan kau cari penyakit
hiris sampai 2-3 kali walaupun kau tau sakit
jangan kata tu jodoh
tu bodoh nama dia ye

kena friendzone ni ibarat kucing dengan tikus duduk sangkar sebelah sebelah
hari hari kucing nampak tikus
dekat pun dekat
bau dapat cium
bunyi dapat dengar
bila nak capai tak dapat dapat
menanti hari bila pintu sangkar nak dibuka

atas alasan nak jaga persahabatan
takut hilang kawan bila clash katanya
takut nanti tak jadi macam dulu katanya

tak ada benda kekal selamanya
itu risiko kau kena amik

hidup tanpa ambil risiko ibarat makan sambal belacan tapi bubuh gula sebalang
mana nak rasa thrill makan sambal belacan tu beb


mungkin kau nak jaga nilai persahabatan
mungkin kau nak jadi kawan kekal abadi
i'll give you a credit for it

tapi cuba sesekali kau buka mata
tengok nilai kesungguhan yang dia pamer

apa salah bagi dia mencuba
buruk baik kau sebagai kawan dia boleh telan
ini pulak jadi pasangan
kentut jadi wangi
air liur basi melekat dia kata sweet
taik hidung tersentil pun dia kata comel
apa ada hal
sayang punya pasal
so give him a shot


lagi pulak kalau dah sampai 2-3 tahun dia mencanguk
tunggu jawapan dari kau
ye atau tak
boleh ke tidak
ibarat roh tak diterima langit atau bumi
tergantung kat tengah tengah


tapi kalau tak menjadi
itu lah risiko dia
risiko kau hilang kawan
risiko semua tak jadi macam dulu

jadi sebagai langkah pencegahan
sama ada kau reject baik baik masa awal awal
atau kau bersungguh jaga hubungan
siapa suruh jadi cantik
siapa suruh jadi sweet
kan dah ada yang sangkut

cuma janganlah friendzone
pedih
sumpah pedih


"life are about choices and risk. without them you are as good as dead" - sapik (2013)


"prevention is better than cure , but what's life without a fight" - sapik (2013)






p/s : sebenarnya aku nak tulis pasal hari raya. tapi idea tak sampai sampai. 

p/s (II) : patutnya ni dekat p/s pertama. tapi takpelah. rare sikit letak kat p/s kedua. selamat hari raya wahai pembaca blog sekalian. walaupun aku tak sure ada ke tak orang baca blog aku

p/s (III) : buat jejaka di luar sana yang sedang atau pernah atau akan mengalami friendzone. ketahuilah bahawa, i know that feeling bro.