Saturday, June 1, 2013

bola tu bulat

"Kalau ada benda yang abang boleh menitis air mata ni, bola sepak tempatan lah." - KJ (2013)


Kita semua bersatu bawah bendera Malaysia.
Tapi terpisah bawah bendera negeri.
Semangat kenegaraan kita kuat.
Tapi semangat kenegerian kita lagi kuat.

Bawah bendera negara kita bersorak.
Bawah bendera negeri kita mencaci.
Tak kena bunyi dia.
Tak patut rasa dia.

Bahan-membahan tu biasa dalam bola sepak.
Hari ni kau bahan aku, esok lusa aku bahan kau balik.
Macam aku bahan member aku pasal Torres.
Esok aku kena bahan balik pasal Valdes(baca 'tunggul')

Benda tu biasa.
Tapi caci-mencaci ni yang tak nice.

Kau 'up' negeri kau.
Aku 'up' negeri aku.

Dah.

Tapi jangan caci negeri aku.
Jangan caci bendera aku.
Sebab 'end up' kita duduk bawah satu bendera yang sama.
Bersorak kerana baju yang sama.

Chill lah.

Tapi tak semua macam tu.
Aku pernah pergi tengok bola kat stadium Shah Alam.
Johor kena tibai 4-1.

Habis game dah.
Semua chill je.

Fan Selangor siap salam cakap 'Nice game bro. JDT main nice cuma tak ada luck.'.
Balik guwa kena bahan lagi dengan member guwa budak Selangor pun tak ada hal.
Esok lusa Selangor kena balik kat Shah Alam.
Biasa lahh.

Barca pun kena tibai 7-0 rilex je.
MU pernah kena tibai 6-0.
Real Madrid pun pernah kena 6-1.
Liverpool apatah lagi, eh malas aku nak cakap lah

Bola kan bulat.

Aku nampak satu swing baru dalam Liga kita.
Fan kita makin berminat dengan bola tempatan.

Bukan sebab JDT.
Bukan sebab TMJ.
Tapi sebab kesedaran.
Tapi sebab bosan.

Bosan sebab balik-balik pakai baju kelab bola negara orang.
Bosan sebab balik-balik sembang pasal 'transfer player' kelab bola negara orang.

Bola sepak tempatan kita makin maju. 
Fan pun kena maju.
Baru boleh buat stadium macam EPL
Baru nampak kita setaraf dengan Mat Saleh.

FAM pulak boleh ke longkang.
Selagi ahli keluarga monarki berkuasa dalam FAM
FAM itu dikira bangsat
FAM itu dikira buta

Bukan menghina sultan
Bukan menghina monarki
Tapi FAM dah terlalu rosak

Ranking dikatanya tak penting
Mengkritik disuruhnya diam
Nak kata bangang memang bangang
Nak kata bebal memang bebal


"FAM ni satu ceritalah, Lailahailallah. Abang kalau nak cakap pasal FAM, abang tak tahulah. Macam-macam perkataan keluar nanti." KJ (Meter, 2013)

"Saya dengar ura-ura negara kita nak bida untuk Piala Dunia 2034...sedangkan Semi final piala FA pun tak terurus" KJ (2013)

Menteri Belia dan Sukan dah bersuara pasal FAM
Tunggu masa nak gegar itu presiden monarki
Jangan goyang jangan gentar
Kasi buang monarki dari FAM

Betul dia cakap
Kita nak bida Piala Dunia kononnya
Tapi 'game friendly' kelas A kau lari
'Game friendly' bertaraf kelab kau pilih

Ranking tak penting katanya
Kepala hotak kau ranking tak penting

"bola tu bulat bro."-Sapik (2013)


p/s : asyik layan perasaan je. layan bola lagi best kot

p/s (II) : tahniah JDT pergi final piala FA. apapun, good game Pahang. kita tetap bersaudara. duduk satu bendera jugak nanti kan.

p/s (III) : final nanti siapa pergi stadium Shah Alam roger aku woi. kita gerak sama! persetankan final exam!

p/s (IV) : aku tak tau cara penulisan aku ni pantun atau gurindam atau syair. aku sendiri konfius. tapi pedulilah. janji orang faham.

Friday, May 31, 2013

bunyi macam senang

dulu

masa aku nak usya ex aku
makan bulan
makan tahun
baru aku berani cakap

sekarang

nak try yang baru pun sama
makan bulan
tahun je belum sempat makan lagi
pun tak berani cakap

end up
aku jugak masuk angin keluar asap

bunyi macam senang

aku ada kawan
kalau bab adjust awek
dia champion

entah apa minyak dia calit
entah apa ilmu dia tuntut
borak sikit-sikit dah dapat nombor
adjust sikit-sikit dah kapel

bunyi macam senang

tak payah bbm
tak payah wassap
tak payah twitter 
tak payah fb

ini aku dah habis kerah 
segala jenis pelusuk teknologi
segala jenis medium sosial
pun macam tu jugak

bunyi macam senang

sama ada ni perihal self confident
atau perihal salah cara approach
atau perihal salah orang

entah

kau lelaki
takkan nak tunggu perempuan bagi hint
kau lelaki
make a move

pull the trigger
swing the bet

bunyi macam senang

tapi aku tak suka cara senang

biar hard sikit
biar kental sikit
baru kau appreciate
baru kau tau nilai dia

susah dapat
susah lepas

itu konsep dia

bunyi macam senang
tapi bunyi tak seindah rupa


p/s : boleh buat novel cerita aku ni barangkali

p/s (II) : cerita camni ada hati nak buat novel

p/s (III) : si ketom perli aku buat 'p/s' ni. biar ahh. aku ada banyak 'p/s'. kau ada?

p/s (IV) : kenapa aku mula suka tulis entri sekerat-sekerat ni

p/s (V) : kenapa aku mula suka tulis entri luahan hati ni. ah pedulik apa. *flip rambut*








Thursday, May 30, 2013

pelangi

kau pernah kejar pelangi tak?
ya
pelangi

benda yang kau nampak kat langit tinggi
tapi bersambung kat kaki langit

secara logiknya kau boleh capai pelangi tu
secara logiknya kau boleh kejar pelangi tu
tapi bila kau sampai kat kaki langit pelangi tu takde
dan kau cuma mampu tengok je pelangi tu kat langit tinggi sampai hilang

itu aku rasa

kejar kau macam kejar pelangi
bila aku rasa dah sampai
bila aku rasa boleh capai
kau tak ada
rupanya kau masih kat langit tinggi
tak mampu aku nak capai
tak mampu aku nak kejar
tapi kau masih bagi harapan yang kau ada kat kaki langit

kenapa kau kena jadi pelangi?


"ibarat mengejar pelangi. tak tercapai dek tangan. tak terkejar dek kaki."-Sapik (2013)

*mungkin lebih baik kejar bayang-bayang dalam cermin. kau boleh sentuh. kau boleh rasa. walaupun dia cuma bayang-bayang. sekurang-kurangnya dia dekat dengan kau walaupun sebenarnya jauh. 


p/s : ayat last tu acah-acah lagu mirrors-justin timberlake. terpengaruh barangkali

p/s (2) : sebelum ni blog aku asyik cerita benda serius. tapi kali ni aku nak cerita pasal hidup aku. pedulik apa aku. blog aku. suka aku ahh.

p/s (3) : eh berapa banyak 'aku' da

p/s (4) : eh berapa banyak 'p/s' da



KELUAR DARI KOTAK

Kau pernah tak buat keputusan yang kemudian harinya kau menyesal?
Kau pernah tak rasa, 'Ah bodohlah, kenapa aku pilih jalan ni?'
Kau pernah tak rasa, 'Kalau aku dulu buat sekian sekian sekarang ni mesti aku dah jadi sekian sekian.'


Tu lah manusia. 

Kau bila tak buat silap, kau tak belajar
Bila kau tak buat silap, kau tak tahu
Thomas Edison gagal 1000 kali baru lah dia dapat buat mentol
Tapi tu Thomas Edison 

Aku bukan Thomas Edison

Kalau agaknya dulu aku masuk SBP lepas UPSR entah kat mana aku sekarang ek?
Kalau agaknya aku isi borang MRSM atau SBP lepas PMR dulu entah kat mana aku sekarang ek?
Kalau lepas SPM aku pergi diploma bisnes dekat Segamat, entah kat mana aku sekarang ek?
Kalau aku amik akaun masa kat matrik dulu entah kat mana aku sekarang ek?


Kalau ayah aku bagi pergi SBP lepas UPSR aku tak jumpa kawan-kawan aku sekarang. 
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan badminton aku
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan lepak kat Darul Masyur sampai 3-4 pagi
Mungkin aku tak jumpa ex aku
Mungkin aku tak perlu sakit sampai hari ni

Kalau aku isi borang SBP dan MRSM lepas PMR dulu
Mungkin 125 aku tak hilang
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan main paintball aku
Mungkin aku tak serapat macam sekarang dengan kawan-kawan aku
Mungkin aku tak ada kat Malaysia sekarang ni
Mungkin jugak blog ni tak ada

Kalau aku pergi Diploma Bisnes Management kat UiTM Segamat dulu
Mungkin sekarang baru aku nak masuk degree
Mungkin aku tak payah kusut kepala layan calculus
Mungkin aku tak payah nak sesak kepala dengan Classic Mechanics
Mungkin aku tak jumpa kawan-kawan PDT aku yang awesome
Mungkin BBM aku senyap sikit hari ni
Mungkin aku pergi Terengganu hari tu aku tak jejak UMT untuk jemput Fara Tom Mimi dengan Fiffy
Mungkin Mimiy tak makan celup tepung sampai habis
Mungkin aku tak pernah cuba nak bukak kerang guna sebelah tangan


Tapi tu semua 'kalau' dan 'mungkin'
Benda dah lepas
Aku nak fokus yang sekarang
Ubah mana yang patut sebelum aku makin menyimpang

Hidup sekarang aku rasa terumbang-ambing
Ada masa aku rasa kuat sampai nak letak masalah negara atas bahu
Ada masa nak jinjing beg pergi kelas pun tak mampu
Ada masa aku rasa macam nak start motor pusing satu semenanjung

Mungkin itu manifestasi jiwa aku barangkali
Rebel
Mahukan kebebasan
Mahukan keputusan sendiri dibuat oleh diri sendiri


Aku yang pilih untuk hidup dalam kotak
Sedangkan aku bukan orang yang suka duduk dalam kotak
Kau pernah duduk dalam kotak?
Apa rasa?
Lemas
Rimas
Tak bernafas
Tu aku rasa

Tapi kenapa aku masih duduk dalam kotak?

Sebab nak berpura-pura jadi manusia berdisiplin?

Sebab nak acah-acah 'rare'?

Ah bodohlah
Kenapa aku tak pernah fikir panjang?

Kau boleh jadi bebas seperti burung helang kat langit but instead kau pilih jadi burung helang dalam sangkar
Kau boleh jadi bebas macam jerung kat laut, instead kau pilih jadi jerung dalam aquarium
Kau boleh jadi unta bebas kat padang pasir, instead kau pilih duduk dalam kandang


Dunia ni luas

Kau hanya perlu teroka


Keluar dari sangkar
Keluar dari aquarium
Keluar dari kandang

Keluar dari kotak kehidupan

Sebelum kau masuk dalam kotak kematian

Masa tu dah tak boleh keluar dah

Dengar je orang baca talkin

Tunggu orang sedekah Al-Fatihah
Tunggu orang sedekah Yasin

It's now or never

Tuesday, May 7, 2013

PRU-13 : This is Malaysia

#TUJUAN PENULISAN INI BUKANLAH BAGI MEMBODEK ATAU MENGAMPU MANA-MANA PIHAK. INI MERUPAKAN SATU GARAPAN DARI SUDUT PANDANGAN SEORANG YANG NEUTRAL. SUNGGUH! AKU NEUTRAL#     

 PRU-13 telah melabuhkan tirai. Kerajaan BN masih memegang tampuk pemerintahan negara bagi 5 tahun akan datang. Aku percaya, pilihanraya ini dijalankan dengan setelusnya. TAPI. Andai kata ada ketidaktelusan dan kantoi dengan rakyat. Well, sendiri mau ingat lah Najib. Itu rakyat mesti turun ke jalan. 

BN kali ni masih lagi hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 133 kerusi Parlimen berbanding PRU-12 iaitu 140 kerusi. Penurunan sebanyak 7 kerusi kali ni. Aku nak ulas figure ni panjang-panjang tak guna. Yang penting BN menang ye tak. And Rosmah Najib still stand as the PM of Malaysia. Tahniah bagi anda. *clap-clap*

          *************************************************************

Walaupun aku tahu tahun depan aku dapat BR1M, baucer buku dan macam-macam lagi produk 1 Malaysia, aku masih ada sedikit terkilan. Aku tak dapat tengok kerajaan beralih tangan. Don't get me wrong. Aku bukan penyokong PR tegar. I'm truly natural. Duduk di tengah, bash mana yg salah. Cuma macam aku cakapkan tadi. Aku teruja nak tengok tampuk pemerintahan negara berubah. Andai kata terjadi lah pada 5 Mei 2013 yang lepas, I'm one of the person 'who live to tell the stories'. Sejarah terukir bagi aku bila selepas 55 tahun, negara kita berubah tangan. Then we can decide mana yang lebih better ye tak? Ok, sebenarnya bukan ni yang aku nak goreng. Benda dah lepas. Najib pun dah selamat angkat sumpah. So selamat menjalankan tugas!

Sebenarnya aku lebih tertarik dengan aftermath PRU-13 ni. Guess what? Lagu-lagu perkauman sudah mula dikumandangkan. Isu 13 Mei mula disebut-sebut. Apa ni? What's all about this crap?

Kita negara berbilang bangsa. Berbilang kaum. Berbilang agama. Kenapa isu ni nak dipetik balik? Yes, people who forgot history tends to repeat it. Itu kata-kata Tun Mahathir dalam buku sejarah tingkatan 3. Aku masih ingat. Tapi ini bukan caranya. Kita ingat dengan cara menstabilkan hubungan antara kaum. Mengelak konfrontasi dan kontroversi antara kaum. Bukan dengan bangkitkan balik isu sensitif ni. This is wrong bro. This is totally wrong.

Dalam ucaptama dia malam kelmarin selepas berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, Najib keluarkan statement yang pada aku kurang bijak iaitu kekalahan BN di kerusi-kerusi tertentu adalah disebabkan gelombang Cina. Ironi bila pelopor kepada idea 1Malaysia, end up menjadi orang memulakan hari pertama sebagai PM pada penggal baru tentang kaum. Pada pandangan aku, bila jadi rusuhan kaum, ada parti yang akan dapat benefit. Guess who? 

Kita orang Melayu sibuk bercakap pasal hak orang Melayu, hak Bumiputra dan sebagainya. Kita ada kelebihan dalam kuota masuk Universiti walaupun A sekerat dua dan ada gagal. Kita ada kelebihan dalam tender kerajaan walaupun syarikat kita tu ada rekod buruk dan tak mampu nak perform. Kita ada kelebihan dalam sektor kerja kerajaan dan macam-macam lagi benefit di bumi Malaysia. Dan kita bangga dengan segala kelebihan tu padahal kelebihan tu tak semua kita gunakan sebaiknya. Yang dropout dari Universiti, anak Melayu. Yang mengalibabakan tender kerajaan, syarikat melayu. Yang curi tulang kat sektor kerajaan, orang Melayu jugak. So ini yang kau nak banggakan? Kemudian kau laungkan 'Jangan kacau hak Melayu!!' secara tiba-tiba. Bagi aku, kau ni ibarat orang yang ada kebun, kebun kau siap ada pagar, ada guard, dan tiba-tiba ada orang lalu. Then kau jerit, 'Kau jangan curi buah kat kebun aku!!' sedangkan orang tu cuma lalu je. Melayu macam ni kesian. Hidup takutkan bayang-bayang.

Setiap kaum dalam dunia ni akan cuba menuntut yang terbaik bagi kaum mereka bagi mengekalkan kelangsungan hidup kaum tersebut. Sebagaimana Melayu cuba mempertahankan hak Melayu, sebagaimana itulah juga Cina menuntut hak sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana kita pentingkan anak bangsa kita untuk pergi masuk U, kerja kerajaan dan sebagainya, macam tu lah jugak mereka. Bila orang Cina pentingkan bangsa dia dalam segala benda, itu normal sebab semua nak pastikan kaum dan bangsa mereka survive dan tidak tercicir. Jadi kita sama je.

**************************************************************************

Tun Mahathir pernah berkata sesuatu yang bunyinya lebih kurang begini, 'Keharmonian antara kaum tak pernah wujud sebenarnya, yang ada hanyalah topeng-topeng bagi menyembunyikan wajah kaum masing-masing.'. Ironi bila orang yang Ultra Melayu berkata demikian. Dan aku rasa kita kena ubah cara pemikiran ni. DS Najib sibuk laungkan 1Malaysia, tapi surat khabar Utusan dan Kosmo punya muka depan berbunyik perkauman. Mana akta hasutan? Ni dah kira sebagai 'spark' dalam api perkauman.

Sebab tu aku cakap, ada 'hidden hand' yang menyebarkan isu 13 Mei ni. Orang Melayu pulak terkenal dengan paranoidnya. Dulu sibuk Illuminati. Sekarang 13 Mei pulak? Stop it laaa. Kita marah bila Amerika paranoid dengan 9/11 dan menuduh orang Islam pengganas. Tapi apa yang bezakan kita dengan mereka? Kita sama je paranoid. Move on Malays, move on. Kita kerja keras, majukan negara sama-sama. Contohi sikap kerja keras orang Cina. Aku tau niat orang-orang lama ni nak mengingatkan kita pasal 13 Mei. Umpama bapak yang pesan anak dia, 'jangan bawak laju-laju, nanti eksiden' tapi ironinya bapak yang nasihat anak tu tengah bawak laju dan merbahaya. Nampak tak? Sama macam isu ni, kau nak mengingatkan, tapi pada masa yang sama kau tengah memacu kita ke arah tu dengan broadcast isu 13 Mei ni. Niat dah bagus, cara tu salah. 

Aku tahu ada penyokong tegar dan Ultra-ultra Melayu akan bash aku dengan ayat, 'Kau tak suka jadi Melayu, pergi tukar bangsa lain', 'Kau tak suka duduk Malaysia, pergi duduk negara lain' dan macam-macam lagi. Jawapan aku mudah. Kau siapa nak suruh aku tukar bangsa dan halau aku dari Malaysia?. Negara ni bukan bapak kau yang punya. Ni negara kita. Ini negara Malaysia. Sama-sama kongsi, sama-sama duduk. Sama jugak kau tak ada hak nak halau bangsa lain dari negara ni dan bangsa lain tak ada hak nak halau kau. Semangat perkauman ni kita dah boleh campak tepi. Sebab dalam Islam pun dah cakap dah pasal hal keturunan dan bangsa ni.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).-Al Hujarat ayat 13.

See, Allah dah lama berfirman dah pasal benda ni. Keturunan dan bangsa tak menjanjikan apa-apa. Agama yang jadi tiket kau ke syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? - Ar Rahman ayat 16



**************************************************************************

Sama macam isu agama. Agama Islam dah termaktub dalam perlembagaan sebagai undang-undang yang tak boleh dipinda dan tidak boleh dipersoalkan waima kau ada 2/3 suara majoriti. Mesti ramai tak tahu kan?

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
  • Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
  • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Soal berkaitan kerakyatan.

Nampak? Orang Melayu yang menggelabah bontot lebih. Nak kata bodoh kang marah. Cakap maki bangsa sendiri. Tapi memang Melayu ni ramai yang bodoh sombong, pemalas. Baca dan share apa ada di FB dan twitter tanpa selidik dulu. Bila suruh baca Perlembagaan, tanya balik aku, 'Nak buat apa baca perlembagaan persekutuan??'. Kang aku maki bangang kang marah.


"Habis dulu Tun M pernah kurangkan kuasa Sultan, boleh je? Tak mustahil nanti pembangkang boleh kurangkan kuasa Sultan dan hapus hak orang Melayu!"

*facepalm*


Suruh baca dan fahami perlembagaan taknak. Tun M licik. Dia masukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan dimana YDP Agung perlu bertindak di atas nasihat jemaah menteri. Dan dengan ini barulah dia wartakan untuk mengurangkan kuasa veto sultan dan membuang imuniti raja-raja Melayu. Tapi Tun M pandai. Demi tak menyusahkan dia dimasa hadapan dalam memperjuangkan hak Melayu, beliau meletakkan syarat bahawa Artikel 40 (1A) hanya termaktub bagi undang-undang sekular. Bagi undang-undang dan hal berkaitan agama dan hak Bumiputra masih tertakluk di bawah kuasa YDP Agung dan raja-raja Melayu.
Dah faham?


Aku kesal dengan jawapan Najib hari ni bila ditanya mengenai tajuk muka depan Utusan dan Kosmo dan jawapannya kurang bijaknya ialah 'Kenapa akhbar cina boleh tapi Utusan tak boleh?'.


*facepalm*



DS Najib sebagai pemimpin negara sepatutnya tidak mengeluarkan jawapan sedemikian. Sebagi orang paling atas dalam negara beliau patut hentikan semua ni. Kuasa ada di tangan beliau. Come on la DS Najib!! Baru berapa lama memerintah and that is the best answer you can give on your first day?? Berbeza dengan Obama yang pada ucaptamanya apabila menang penggal kedua, beliau melaung-laungkan semangat American Dream dan kembali mengingati dan menghayati isi-isi Declaration of Independence. Dimana rakyat ketika itu bersatu demi menuju kemajuan negara dan langsung tidak membangkitkan sentimen perkauman. Nampak bezanya?

*******************************************************************************

Aku sedar apa yang aku cakap ni akan membangkitkan perasaan marah dalam kalangan orang Melayu. Tapi hakikat tu memang sakit bila terpukul di muka sendiri. Berkata lah benar walaupun pahit kita terpaksa telan. Mari kita kenang kembali bagaimana Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar menyatupadukan rakyat Malaysia demi menuntut kemerdekaan. Bagaimana Tun Abdul Razak menitik beratkan soal perpaduan dalam Rukun Negara. Jangan kita sia-siakan negara hanya untuk kepentingan kaum. Apa pun, sepertimana Tun M pernah kata, 'bila ada orang buat tak elok pada negara saya, kenapa saya kena diam? Kenapa saya tak boleh nak kata apa-apa?'

Well buddy, this is my Country. This is OUR Country. THIS IS MALAYSIA.






#STOPRACISM
#KICKRACISMOUTOFMALAYSIA









Tuesday, January 10, 2012

:: Jawapan kepada tohmahan ::

Lepas seminggu lebih pung-pang, pung-pang pasal balik bermalam, sekarang semua dah senyap balik. Yang merungut-rungut bukan main hari tu semua dah dapat terima kononnya keputusan kolej padahal dalam hati masing-masing dah plan nak cabut time hujung minggu. Ingat guwa tak tau ke. Propa je korang ni.

Ok, sebenarnya aku post entri pendek ni sebab aku rasa kesal bila ada certain pihak macam touching dengan aku. Chill la. Tu cuma sedikit dari pandangan aku pasal isu ni. Aku bukannya bangkang habis keputusan tu. Ada baiknya jugak benda tu untuk student. Tapi biasalah, kalau tak faham betul-betul, you won't get the real picture of the situation right?? Sama macam post aku. Faham kan bettul-betul kenapa aku post benda tu. It's just a piece of my mind.

Satu aku nak ingatkan, aku ni bukan nak menentang habis-habisan macam apa yang Adam Adli buat kat UPSI sampai nak buat demonstrasi apa bagai. Sorry to say la. Aku sendiri pun anti dengan demonstrasi sebab bagi aku, itu hanya banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Pasal rules, come on la. Tu bukan luahan aku seorang. Tu adalah suara majoriti pelajar KMJ yang menginginkan sedikit kebebasan. Cuma most of them cuma bersembang pasal benda ni dekat kafe, kat bilik, dan dalam tandas sambil merancang untuk buat itu ini dan end up with nothing. Aku pula mengekspresikan apa yang diorang bincangkan selama ini dalam bentuk penulisan. Kebetulan ada yang terbaca, lepas tu touching tanpa tahu duduk letak perkara sebenar. Don't take things so personal. Payah la kalau camtu kan.

So, aku harap post ni kasi clear things up. Pasal rules dan apa-apa yang berlaku kat KMJ ni, lantak la. Aku malas ak amik pusing sangat. Chill sudah. Kalau aku nak balik, aku balik.

Thursday, January 5, 2012

:: Corat-coret di KMJ ::


Pejam celik, pejam celik, aku dah kat final sem kat KMJ ni rupanya. Giler ahh. Rasa macam kejap je. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan KMJ. (Ok, ni tipu)


::SELAMAT DATANG KE KEM TENTERA JOHOR::


Sebenarnya aku terpanggil nak tulis sikit pasal apa yang jadi lately kat KMJ ni. Apa yang jadi?? Disaster!!! I mean, MAJOR DISASTER!!! Kenapa?? Oh, tak ada apa pun. Cuma kitorang hanya dibenarkan balik bermalam 3 kali je lagi sepanjang 4 bulan kat sini. 21 Januari, 25 Februari, dan 18 Mac. Kenapa? Sebab keputusan PSPM 1 yang tak berapa nak elok. Semuanya disebabkan pelajar terlalu kerap balik bermalam. Kata HEP laaa~

Post ni bukan nak kutuk KMJ atau whatsoever. Sebab aku dah belajar dari pengalaman. Cuma aku nak bagi pandangan aku mengenai keputusan diorang ni. Bagi aku, tak ada apa yang salahnya dengan keputusan kolej untuk menyekat balik bermalam kepada hanya 3 kali sahaja dalam tempoh 4 bulan sebab arahan yang terbaru ni memang tak akan membuatkan pelajar tension. Memang tak ada yang akan kena histeria sampai nak bunuh diri macam malam semalam. Malah pelajar takkan memberontak dan buat benda yang lagi bukan-bukan macam panjat pagar semata-semata nak balik rumah macam apa yang budak floor aku buat minggu lepas. Dan pelbagai benda pelik yang bakal dilakukan oleh pelajar KMJ. See. There's nothing wrong about it. All of us are very happy with the rules right?? (Duhh!)

Tapi apa pun, benda camni kita tak boleh nak melatah dan amik tindakan terburu-buru. Kena kaji jugak sebab dan musababnya. Alasan terbaik yang diterima dari pihak pengarah dan pengurusan kolej adalah, 'result PSPM 1 teruk, semua ni disebabkan balik bermalam yang terlalu kerap. Maka dengan ini, balik bermalam dikurangkan dan semua pelajar kena study masa hujung minggu'. Ok, itu alasan pihak kolej. Tapi boleh terima pakai ke??

Satu aku nak tanya, pihak pengurusan ada tengok tak apa yang budak-budak ni buat masa hujung minggu kalau tak dibenarkan balik bermalam?? For sure diorang menghadap movie secara marathon atau pukal. Come on la! Malam minggu bro. Why the hell kau nak menghadap buku malam minggu?? Get a life! Yang kaki PES dan FIFA pulak menghadap lappy masing-masing. Gentel joystick sampai 3-4 pagi. Yang kaki futsal, gi layan futsal kat bawah. Yang ada pasangan kat KMJ, bercangkerama kat tepi-tepi library. Bagi yang jauh dimata, dekat dihati macam aku, gayut lah kan. Apa lagi. So kesimpulannya, mana ada yang stady bhai malam minggu. Sabtu pagi? Lagi la. Paling awal blok mula bising pukul 1-2 tengahari bila masing-masing dah lapar. Sebelum tu? Semua pulun tido sampai tengahari. Menggantikan waktu tidur yang terkorban sepanjang minggu. Paling awal stady pun sabtu malam. Memang la stady tu penting. Tapi kalau dah dalam jiwa dan sanubari budak-budak ni nak berseronok malam minggu, takleh nak cakap apa gak kan? Remaja bro. Standard lah kan. Jadi, macam sama je kan bila balik rumah??? So, rasionalnya halang balik bermalam???

Alasan lain tak bagi balik bermalam? 'Budak ponteng kuliah hari isnin sebab extend cuti.' Ok, ni aku rasa jarang jadi kot melainkan cuti-cuti panjang. Tapi ada sebabnya jugak. Kalau ikutkan masa orientasi, kita dibenarkan balik 2 minggu sekali. Tapi asal minggu balik je, ada program. Asal minggu balik je, ada program. Siapa tak bengang kan? So no wonder lah ada yang extend. Tu pilihan masing-masing la kan.

**************************

Sebenarnya, apa yang jadi kat KMJ ni semua idea Tuan Pengarah yang baru. Ayahanda Haji Sasman Bin Haji Yasir. Apa yang aku nampak pada beliau, dia adalah seorang yang pandang jauh. Banyak idea dan seorang yang optimis. Yela, what can you expect from a former pegawai Waran dalam askar Wataniah?? One word. Discipline!! Beliau sedang cuba membentuk disiplin pelajar KMJ ke taraf seorang askar. Oleh sebab itu, banyak peraturan baru diperkenalkan. Pada kami, cukuplah dengan peraturan yang sedia ada. Mengapa ditambah lagi peraturan lain yang lebih mengarut seperti line putih di kawasan perhimpunan, larangan memegang telefon semasa perhimpunan, larangan berambut pacak dan sebagainya. Rules ni memang tak ada dalam buku peraturan. Tapi seperti yang tertulis dalam Peraturan Kolej Matrikulasi Bahagian B, Perkara 1, 1.2. Iaitu : Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan. Jadi, kita memang tak ada kuasa nak sangkal hak Pengarah bila dia tetapkan rules camni. C uma mungkin boleh dibawa berunding??

Apa pun, semua yang terjadi ada sebabnya. Macam apa aku cakap tadi. Mungkin sikap majoriti atau minoriti pelajar yang suka sangat langgar peraturan. Termasuk aku la kan. Bila suruh beratur betul-betul masa perhimpunan, taknak beratur betul-betul. Suruh pergi kelas, ponteng. Suruh turun awal, pukul 8 jugak turun. Dan juga beberapa insiden lain lah kan. Semua ni will bring us back to where it started. MUNGKIN kalau pihak kolej tak layan kita semua macam budak sekolah, maka tak ada la perangai budak sekolah yang ditunjukkan ye tak?Umpama dia macam ni la. Kau kurung anak helang dalam reban ayam, lepas tu bela dia macam kau bela anak ayam, makanya anak helang tu pun jadi la macam ayam. Terbang pun tak tentu boleh. Tapi kalau kau bela anak helang tu sebagaimana seekor helang perlu dibela, makanya kau akan dapat seekor helang yang mampu terbang dengan gah di udara.

So sama la kat sini. Bela budak kolej dengan style sekolah, makanya kau dapat budak sekolah. Bela budak kolej dengan cara kolej, makanya dapat budak kolej. Macam Newton 3rd Law jugak lah. For every action, there's an equal and opposite reaction. See!! Newton pun cakap benda yang sama. Ada rules yang disebabkan senior-senior terdahulu. Ada rules yang keluar disebabkan pelajar sekarang. Tapi, makin ketat rules, makin ramai yang langgar, dan makin lama makin bertambah ketat rules tu. Spot anything?? It's a cycle!! Kitaran yang agak sukar diputuskan.

Why not kita semua duduk berbincang, dan settlekn benda ni sama-sama?? Mintak JPP bincang elok-elok. Kalau tak boleh jugak, buat memorandum dan hantar kat Pengarah. Minta dipertimbangkan balik segala peraturan. Macam tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pun tak berkecah. Bukan nak mintak mansuhkan macam budak UPSI mintak terhadap AUKU. Sebab semua benda ni boleh settle baik. Tak perlu memberontak. Kita ada YDP, mintak YDP bagi memorandum tu kat Pengarah, minta dia dengar sikit luahan hati para pelajar. Kalau ada yang langgar rule jugak, apa susah, kuatkuasakan undang-undang. Panggil masuk mahkamah pelajar. Apa guna ada Akta 174 kalau taknak guna ye tak?Apa guna ada JPP kalau bidang kuasa setakat jadi MC masa perhimpunan ye tak?? Oppss. Maaf JPP, bukan aku nak kutuk, tapi tu lah hakikat.

***********************************

Seriously, someone have to talk personally with the director. I mean, slow talk. Ceritakan satu-satu apa yang sebenarnya kami mahu dan apa pula timbal baliknya. Semua benda boleh settle kot. Kalau semua tak boleh jugak, then good luck untuk hadap rules ni untuk lagi 4 bulan. But at least do something rather than nothing la. Let them know what we want. A little bit of freedom please?Undang-undang itu penting. Ia mengekang manusia dari buat perkara yang mungkar. Tapi undang-undang yang terlalu ketat pula menyebabkan perkara menyebabkan jiwa memberontak dan tertekan. Dan kemungkinan untuk huru hara berlaku adalah cerah. Setakat ni dah 2 orang histeria kat kolej. First time selepas beberapa bulan kot. So, anyone with an idea why it happen? Cheerio!!

p/s : Anak itik pakai 'speedo', aku memang suka rules kat KMJ. Doeee!!!