Monday, August 25, 2014

detik rasa

sering aku tertanya,
apakah itu kejayaan yang sebenar,
yang dicanang manusia katanya 'berjaya dalam hidup'.
yang dikatanya itu matlamat hidup.

sedang aku masih kabur,
dari paksi mata mana ia diukur,
adakah dari mata seorang insani,
atau pada mata sang Illahi.

sedang manusia belari,
mengejar yang katanya kejayaan hakiki,
aku pula bertanya,
kejayaan apa yang kau cari?

adakah kejayaan itu pabila kau menggenggam segulung ijazah?
atau kejayaan itu bila kau punya kerja nan megah?
atau kejayaan itu bila kau berjuang pada jalannya fisabilillah?

sedang aku rasa tercicir,
tak pasti apa dihadapan menanti,
tak pasti jalan mana perlu aku susuri,

pegang teguh aku pada suatu frasa nukilan seorang karyawan,
ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
dari pengalaman bercakar dan bersalaman,
maka nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan,
sedang pengalaman itu mendewasakan.

jika ini jalan Dia tentukan,
maka aku susuri tanpa pertikaian,
sedang Dia pemilik segala pengetahuan,
jua yang memberi segala kejayaan.

wallahualam

Sunday, December 1, 2013

eksploitasi keagamaan

makin hari makin kerap aku saksikan eksploitasi keagamaan

madu dibaca 30 juzuk ayat Quran
minyak dibaca 30 juzuk ayat Quran
air dibacakan 30 juzuk ayat Quran

MasyaAllah
begitu mudah menjual barang atas nama agama

kalau lah dengan semudah itu kita boleh serap kebaikan al-Quran lebih baik kita suruh imam besar Masjidilharam pergi dekat setiap empangan baca 30 juzuk
nescaya satu Malaya mendapat berkat untung untung dapat hidayah bagi yang kafir

nope

it doesn't goes that way

dalam diam kita sebenarnya menghampiri zaman dark ages
bila mana paderi menggunakan agama untuk menguasai pemikiran rakyat
menggunakan agama untuk mengaut keuntungan
lihat sekeliling
makin banyak produk berasaskan agama kononnya dijual

ayat al-Quran memang banyak kelebihan
tapi kelebihan dan manfaat itu kita peroleh dari membacanya sendiri
bukan dengan hanya minum madu murah yang dibacakan 30 juzuk dan dijual pada harga yang melampau lampau

aku bukan baik sangat
sentuh Quran pun payah seminggu sekali
sembahyang pun lompang sana sini
tapi aku masih percaya kelebihan Quran itu kita peroleh apabila kita membaca dengan lidah kita sendiri

wallahualam

Friday, November 29, 2013

tunjuk ajar

few weeks back then someone inbox me
kandungan mesej dia berbunyi begini

"bro. bagi tips nak mengorat awek sikit. ayat macam power je."

dalam kepala otak aku fikir dua benda je.
sama ada dia menganjing aku atau really mean it.

an advice to you bro
girls nowadays they don't feed on words
kau ayat lah macam mana pun belum tentu dapat

kalau kau pernah baca novel Nami
dia ada sebut pasal how guys woo girl(s) by literature and words

bagi aku not anymore

you need more than that bro
sebab kalau literature and words could woo girl(s)
dah lama aku petik ayat ayat pujangga bagi dekat gadis pujaan
siap bunga mawar dalam jambangan

ok tu sumpah klise

the moral of the story

don't woo girl(s) by words
because it doesn't work anymore
not in my case so far

"as long as you have faith. fight for it. till the last breath of words."

Thursday, November 7, 2013

tak adil

dunia mana pernah adil

walau sehabis baik kau curah usaha
walau sehabis daya kau pamer bersungguh
tak tentu dipandang
tak tentu didendang

akhirnya yang punya gelaran juga menang di mata berdendang di mulut

terduduk sekejap
terkenang apa nasib

sama ada teruskan melawan atau berhenti sekadar ada
apa guna bertempur dalam perang yang pastinya kau kalah
tak sanggup aku nak tempuh lagi tahun demi tahun

mengemis minta iktiraf
menadah minta simpati
cukup sekali
tak nak aku ulang lagi

dunia mana pernah adil

Wednesday, November 6, 2013

rasional

kalau lah semua orang boleh fikir rasional
aman aku rasa dunia ni

kalau lah semua orang boleh fikir rasional
tak keluar ayat tajam menikam benak

kalau lah semua orang boleh fikir rasional
semua depan kaabah mampu cium hajarul aswad

kalau lah semua orang boleh fikir rasional
tak telanjang aib dalam kain si polan

tapi tu cerita kalau ada rasional

kalau

kalau boleh babi pun taknak di panggil babi

sedang depan sang pencipta pun kita hilang rasional
apatah lagi dimata manusia

kalau lah Tuhan pun tiada rasional
entah apa rasional kita di muka bumi ye?

Monday, October 14, 2013

raya haji itu

dulu

aku paling tunggu raya haji
sebab raya ni lah dapat kita sembahyang raya bersama
walau pakai kita tak sedondon
walau langkah kita tak sehala

dulu

aku paling tunggu raya haji
sebab masa ni lah dia ada masa malam raya
tengok tv sama sama
walau tak cakap sepatah apa

dulu

aku paling tunggu raya haji
sebab masa ni lah pagi raya dapat makan cukup 1 keluarga
walau sembang kita tak sama

tapi tu dulu

semua tu sedikit tiada makna lagi
kalau tak takkan semudah tu kau angkat kaki
pergi tanpa pandang belakang lagi

bagi kau itu perkara kecil sahaja
tak sedikit ada makna
tak penting untuk kau ingat dalam kepala

tapi bagi aku
perkara kecil itulah yang ada dalam ingatan
sebab tu sahaja kenangan yang kau tinggalkan
sebelum kau pergi tanpa pesan
untuk aku ingat tiap setiap kali raya korban

sebab aku percaya kau akan kembali
bila dunia tikam kau dari belakang
bila darah daging buang kau sehelai sepinggang

kau akan merangkak mencari
mana perkara kecil yang kau cicirkan
mana masa silam yang kau tinggalkan
yang kau buang tanpa belas ihsan

dan aku harap hari itu raya haji
raya haji yang aku akan tunggu lagi

"appreciate small things that you do with people you love. cause you never know that it would mean the world to them" - sapik (2013)

Monday, October 7, 2013

matang

matang tak boleh diajar dik

kalau boleh diajar dah lama kat uitm ni bukak kos ijazah sarjana muda kematangan dengan kepujian

matang cikgu dia satu je

pengalaman
dari pengalaman baru kau boleh jadi matang

"matang lah sikit. nanti kan nak masuk PST." -ustaz zuhaizi abdullah (2010)

rasa

kau rasa tak apa aku rasa

setiap tutur bait kata
setiap lirik pandang mata
setiap senyum terukir nyata

dalam diam ada secebis rasa
dalam diam aku bertanya
engkaukah orangnya

atau cuma semuanya biasa pada sudut pandang mata
tak sedikit ada rasa
tak langsung ada makna

mungkin bagi kau kita cuma teman biasa
tak sedikit ada istimewa
mungkin juga aku yang tak berdiri nyata
mengharap bulan jatuh ke riba


Wednesday, October 2, 2013

ini aku

ini aku

makan,cakap,pakai aku tetap sama
tak berbeza walau sejengkal
tak berubah walau secebis

kasar lembut cakap aku kias lisan
buruk cantik pakai aku hias badan
banyak sikit makan aku tetap sepinggan
tak sikit berubah ikut zaman

apa yang penting bukan tu
kuis sikit dalam hati tengok apa aku rasa
nanti kau nampak

ini aku

Monday, September 23, 2013

firaun

perangai macam firaun

harta tak boleh bawak mati bang
dalam segunung harta kau
ada terselit sekelumit hak orang lain
bukan semua kau punya

kalau semua kau nak bolot
penuhkan tembolok
suap sana sini
esok lusa jawab dekat bawah sana

eh malas abang nak cakap lah
dah besar kan
cuma nak nasihat
sementara boleh berdiri atas kaki sendiri
pulangkan hak orang dulu
nanti dah merangkak baru terkial kial nak suap mulut yang kau abaikan

perangai jangan macam firaun sangat boleh kan

Thursday, September 19, 2013

dilema jalanan

abang yang bawak kereta tu
nak tukar lane bagi Iah signal
terkujat kami yang bawak motor ni
tau lah road tax kami dua ringgit je
road tax abang ratus ratus
tapi nyawa kami tak ternilai
kalau hilang siapa nak ganti?
bukan boleh cari dekat pasar melati

mari mari nyawa untuk diganti
siapa dah hilang beli di sini
kata penjual tu nanti

Ietak diri abang dekat handle kami
tengok kereta pancung sana sini
siapa tak seram nyawa hujung bumper Iori

yang menunggang pun sama

jangan fikir kuasa kuda cecah seribu kau dah kebal
rembat sana sini macam tak ada akal
sepit bawah Iori baru kau menyesal
masa tu baru sedar diri tu bebal
nyawa rupanya tak kekal

maIas cakap banyak Iah

nak sambung balik perjalanan
bersabung nyawa atas jalan
medan bertarung penunggang jalanan

kata putus

sejak dari mula
kita lari bersama
guling bersama
keluar peluh bersama
baring atas muntah bersama

setiap saat kenangan kita
segala ketawa tangis hiba
semua terpahat dalam kepala
tak sepatah aku lupa

semangat aku masih ada
keinginan aku mahukan terus bersama
cuma jatuh bangun kita berbeza
ada sebab atas langkah yang aku mula

maafkan salah silap aku
tingkah laku tutur kata
terguris hati kerana bicara
mungkin ada hikmahnya

bukan aku tiada keinginan lagi
jalan hidup paksa aku berhenti berlari
nafas tersekat di sini
sedangkan jasad mahukan lagi

terima kasih atas kenangan
jaga belakang aku bila aku perlukan
kau semua kawan terbaik pernah dikurniakan
semoga selamat semua hingga ke pengakhiran

ini kata putus aku
jangan ada ikut jejak sumbang ni
kau semua kuat
teruskan berlari
bukan macam si lembik yang dah tak mampu
lari sebelum nampak peluru

"being with you guys is an irreplaceable moment. thanks for everything." -8704988  PK Mohamad Shaffiq Bin Malek

Saturday, September 14, 2013

banyak bunyi

banyak sangat bunyi kau ni
sana sini kau boleh suap dengan duit
tapi darah daging buat macam pemintak sedekah

takpe
sini dunia kau boleh lepas
bawah sana belum tentu lagi
tanam sekali dengan lori kau semua
sikit aku tak heran

belum cerita hujung jalan sana lagi
kemudian kita kira

kau buat lah apa nak buat
teruskan teruskan

kau ada duit
ada kuasa
siapa berani lawan

kau gajah
kami semut
tapi sini dunia
tak lama

aku tunggu hari roda berputar
hari kau cari kami balik
masa tu baru kau tau bumi ni bulat
langit tu tinggi
tanah tu keras

Friday, August 23, 2013

jalan lurus



kecoh sekejap dekat twitter
kawan kawan kolej lama bercerita pasal pensyarah ditangkap
aku sendiri garu kepala.
antara nak percaya atau tidak.

takkan sampai ke tahap tu?

dia orang yang aku hormat
ilmu agama tinggi
pandai bercakap
hebat memimpin

tapi kena ingat

makin tinggi iman
makin besar dugaan Tuhan

kita semua manusia biasa
ujian Tuhan tu lain antara setiap manusia
mungkin tu ujian dia
mungkin ujian untuk isteri dia

jangan buruk sangka
walaupun perbuatan dia jauh dari norma
mungkin ada cerita disebaliknya
macam aku cakap
ujian Tuhan tu macam macam

cuma terbit rasa kesian
kesian dekat anak anak dia
kesian dekat isteri dia
kesian dekat mak dia

entah apa pandangan masyarakat pada mereka
pada ayah mereka
pada suami dia

memang perbuatan dia tak patut
memang perbuatan dia tu dilaknat
amanah dia menjaga pelajar
bukan merosakkan dengan cara terhina

cuma aku sering tertanya

kenapa?

semoga Tuhan kembalikan dia ke jalan yang lurus


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

"Tunjukkan kami jalan yang lurus" 1:6










Monday, August 19, 2013

sudikah kau


macam peluru keluar dari laras
ayat aku tegak tanpa kias
taknak pusing sampai jarum jejak dua belas
hanya minta kau beri jawapan ikhlas

mungkin kau jawapan yang aku cari
dalam usaha kejar pelangi
dalam lelah aku berlari
kau ada bila aku pergi
masih berdiri bila aku kembali
pulang hampa membawa sekeping hati

cumanya selama ini kau bunga di taman orang
tak berani aku nak sunting mahupun pandang
cuma mampu dengar suara di gagang
atau baca apa yang dikarang

kini aku mahu bebas dari sumpahan pelangi
kau pula bukan lagi bunga taman insani
apa salah kita cuba cari serasi
mungkin yang terbaik di waktu ini

sebelum kau dikebas lagi
lebih baik aku ikut kata hati
aku harap kali ini ia menjadi
aku taknak kau jadi pelangi
aku taknak kau jadi bintang langit tinggi
aku cuma nak kau ada disini
duduk dengar sama kelahi
perihal yang jadi di hari ini

ayat aku tiada kias
tegak pergi dia jalankan tugas
tiada kata puitis yang aku galas
atau janji manis sebagai hias

maka sudikah kau

jadi teman seperkelahian
atau teman dalam kegembiraan
mahupun teman dikala keperitan
juga penyeri dalam ikatan

jadi
sudikah kau?

"i can't promise you neither moon or sky. but i'll promise to give you more than that. that is keeping my promises" - sapik (2013)


p/s : aku harap budak budak KMJ tak baca entri ni. ok fullstop.





zon kawan


"aku bukan tak suka kau. cuma kalau boleh kita jadi kawan je lah dulu eh?
at least kita boleh gurau macam biasa. tak ada tacing-tacing." - kawan a.k.a crush (2013)


ayat ni pedih

sumpah pedih
lagi pedih dari ayat ni

"alah, kau tak hensem lah. poket tak lebat. mana sesuai jadi pakwe aku. 
tak nak lah couple dengan kau." - awek kapitalis materialis a.k.a firaun (2013)

kena friendzone ni lagi pedih dari kena reject direct bai

dia ibarat selumbar dalam tangan
makan dalam
kau nampak selumbar tu
tapi kau tak boleh buat apa
bila kau cuba korek
selumbar tak keluar
tangan pulak makin koyak
macam tu lah

beza dengan kena reject direct
dia macam pisau
sekali hiris
pedih dia kau rasa
tapi bila luka tu beransur sembuh
kau tak rasa apa dah

melainkan kau cari penyakit
hiris sampai 2-3 kali walaupun kau tau sakit
jangan kata tu jodoh
tu bodoh nama dia ye

kena friendzone ni ibarat kucing dengan tikus duduk sangkar sebelah sebelah
hari hari kucing nampak tikus
dekat pun dekat
bau dapat cium
bunyi dapat dengar
bila nak capai tak dapat dapat
menanti hari bila pintu sangkar nak dibuka

atas alasan nak jaga persahabatan
takut hilang kawan bila clash katanya
takut nanti tak jadi macam dulu katanya

tak ada benda kekal selamanya
itu risiko kau kena amik

hidup tanpa ambil risiko ibarat makan sambal belacan tapi bubuh gula sebalang
mana nak rasa thrill makan sambal belacan tu beb


mungkin kau nak jaga nilai persahabatan
mungkin kau nak jadi kawan kekal abadi
i'll give you a credit for it

tapi cuba sesekali kau buka mata
tengok nilai kesungguhan yang dia pamer

apa salah bagi dia mencuba
buruk baik kau sebagai kawan dia boleh telan
ini pulak jadi pasangan
kentut jadi wangi
air liur basi melekat dia kata sweet
taik hidung tersentil pun dia kata comel
apa ada hal
sayang punya pasal
so give him a shot


lagi pulak kalau dah sampai 2-3 tahun dia mencanguk
tunggu jawapan dari kau
ye atau tak
boleh ke tidak
ibarat roh tak diterima langit atau bumi
tergantung kat tengah tengah


tapi kalau tak menjadi
itu lah risiko dia
risiko kau hilang kawan
risiko semua tak jadi macam dulu

jadi sebagai langkah pencegahan
sama ada kau reject baik baik masa awal awal
atau kau bersungguh jaga hubungan
siapa suruh jadi cantik
siapa suruh jadi sweet
kan dah ada yang sangkut

cuma janganlah friendzone
pedih
sumpah pedih


"life are about choices and risk. without them you are as good as dead" - sapik (2013)


"prevention is better than cure , but what's life without a fight" - sapik (2013)






p/s : sebenarnya aku nak tulis pasal hari raya. tapi idea tak sampai sampai. 

p/s (II) : patutnya ni dekat p/s pertama. tapi takpelah. rare sikit letak kat p/s kedua. selamat hari raya wahai pembaca blog sekalian. walaupun aku tak sure ada ke tak orang baca blog aku

p/s (III) : buat jejaka di luar sana yang sedang atau pernah atau akan mengalami friendzone. ketahuilah bahawa, i know that feeling bro.






Tuesday, July 9, 2013

bisik nurani

untuk apa dikenang dosa yang sudah
kalau tak pulang ke jalan fitrah
manusia tak lekang dari silap dan salah
pulanglah kau memohon dari yang maha pemurah
kerana Dia tak pernah lelah
dari mengampun si pembuat salah

hari ini azazil dirantai
selepas sudah bulan diintai
sebulan penuh jangan diabai
setiap gerak kita dinilai
setiap kata tiada terabai
moga mulia di mata yang menilai

bulan yang berkatnya penuh
datangnya disambut perginya dia hati tersentuh
itu tanda hati kita utuh
menyahut seruanNya dengan penuh bersungguh

mungkinkah ini peluang terakhir untuk kita menyahut
seruan Dia sebelum kita dijemput
atau mungkin kita sudah sujud
pada nikmat dunia tanpa ada rasa takut
sedangkan bumi sudah semput
menanti hari yakjuj dan makjuj
keluar dari sembunyi dengan penuh takjub
adakah baru kita mahu sujud
pada empunya alam yang sudah lama wujud

fitrahnya kita manusia biasa
punya rasa punya jiwa
mencari jalan mengharfiah kata
bagai hilir mencari muara
bagai burung mencari sarangnya
keras mana hati bicara
kelak pulang mencari petunjukNya
kelak pulang pada jalanNya

pintu keampunan sentiasa terbuka
bagi hamba yang mahu belas ihsanNya
sebagaimana pintu syurga terbuka
begitulah juga luasnya neraka
menanti hamba yang sujud padaNya
atau yang berani berpaling dari Nya
masuklah engkau mengikut hisabNya
nah, maka tepuk dada tanyalah selera

peluang ini kita gunakan
bagi penuhi saham di hari pembalasan
bulan ini jangan kita siakan
penuhkan ia dengan amalan
supaya tak menjadi sesalan
bagai kata bidalan sesal dahulu pendapatan

semoga kita dalam redhaNya
amalan kita dicatit malaikatNya
puasa kita diterimaNya
agar tak tersia bulan kurniaanNya
bulan terbaik anugerah dariNya


p/s : jadi manusia kerja nak tulis pasal cinta tak boleh jugak. nah sebijik puisi ramadhoonn

p/s (II) : ni aku tak cincai taram. buat dengan penuh penghayatan. nak baca cari lagu2 arab sikit. baru datang feel padang pasir.

p/s (III) : selamat berpuasa semua. jom sahur.


Friday, July 5, 2013

soal hati

soal hati

kau kira aku tak mengerti,
kau kira aku tak peduli,
di sebalik bahasa tubuh tersingkap kisah,
di sebalik susun kata tersingkap madah,
pedih yang kau dalami,
sakit yang kau lalui,
menjadi tanda tanya tanpa kau sedari.

soal hati

sebaiknya kau cuba simpan,
sebaiknya kau cuba lupakan,
jauh dari pandangan,
jauh dari gapaian,
tapi apa gunanya harapan
jika engkau tidak hulurkan tangan.

soal hati

di sebalik jiwa yang kental,
semangat yang cekal,
terselit hati yang rapuh,
tertutup dek naluri yang ampuh
sembunyi dalam ego yang angkuh

soal hati

kau tak pernah selami,
kau tak pernah dalami,
bagaimana kau nak mengerti,
asbabnya parut itu terjadi,

soal hati

usah bicara kalau kau tak berani,
letak hati pada yang sudi,
bukan pada yang tak peduli,
bukan pada buaya kau tak kenal hati budi,

soal hati

entah kenapa kau terlintas
di saat aku mencari nafas
kau punya cerita boleh aku baca
barangkali cerita kita sama bicara
interpretasi mata yang berkaca

soal hati

hadir kau bagai percikan
melintas lalu tapi punyai kesan
nyalanya rokok disetiap hembusan
apa kau masih tidak perasan?

soal hati

jangan paut pada harapan kalau masih tak berani
mencari haluan untuk manifestasi
sisi diri yang kau tak peduli
sibuk mengejar isi duniawi

soal hati

ini rasanya soal hati
soal yang sama berulang lagi
soal yang pernah menjerat diri
adakah sejarah kan berulang kembali?

p/s : bai. guwa buat puisi bai. kah kah kah. guwa rasa nak gelak sambil guling2 kejap

p/s (II) : ni kalau bebudak ni baca, mau kena bahan guwa. *tekup muka dekat bantal*

p/s (III) : dah dah. lepas ni guwa buat entri serius pulak. *muka serius*





Wednesday, June 19, 2013

jodoh

"Jangan dicerita jodoh. Kau tu dah kompom ke?"- Os(2013)

Ayat Os ni padu bai. Dia punya pergi macam smash bola tanggung kena kat dahi. Setepek dapat. Kau mampu tadah dan nganga je. Ke nganga baru tadah? Apa apa lah.

Jodoh ni tak boleh nak cakap. Couple belum kira jodoh bai. Tu trial version je. Istilah jodoh ni tak tau lah valid nak letak dekat mana. Bila kahwin orang cakap tu lah jodohnya. Tapi ada jugak kahwin lepas tu cerai. Orang cakap takde jodoh pulak. Nah,makanya jodoh ni dekat mana sebenarnya? 

Aku pun tak reti nak cakap. Sebab aku pun tak tau apa rupa jodoh ni. Bulat ke, melintang ke, membujur ke. Tapi semua dah Tuhan tentukan. Kau jangan risau. Ada lah tu nanti jodohnya. 

Rasanya ni bukan lagi zaman couple bagai nak rak. Sekarang zaman couple smart. Yang jenis nak berkepit 24 jam tu kau sepakkan je sekali. Tu bukan jodoh, tu bodoh nama dia. Bagi dia sedar dunia ni sebenarnya luas. Cari life sendiri. Tapi yang ignorant sangat pun kau sepakkan jugak. Nak couple buat cara nak couple. Jangan fikir diri kau je. 

Ada pulak yang islamik. Taknak couple. Tu terpulang dekat kau lah. Fitrahnya manusia nak berkasih sayang. Tu tak salah. Yang salah bila kau buat dengan cara yang salah. Macam alkohol. Alkohol tak haram sebab dia tak memabukkan. Tak caye kau try minum alkohol. Tak mabuk. Mati je. Tapi yang haram minuman beralkohol. Dia haram sebab dia memabukkan. Sama macam bercinta. Bercinta tak salah. Yang salah bila kau campurkan dengan unsur2 yang salah. Maka salah lah yang tak salah tu. Eh berapa banyak salah lah. 


"Kekayaan, kebahagiaan semua datang dari Allah, bukan dari bapak." -Ahmad Albab



p/s : entri ni keluar sebab ayat os masa bahan medan la. kesian medan kena tapau kaw2. semoga ada jodoh kau dengan awek kau tu ye medan. biar sampai kahwin.

p/s (II) : guwa sembang lebat. kena tinggal dulu frust menonggeng gak. sekarang nak try orang lain, pun macam nak gagal. tapi dah tak frust dah. konsep dia, 'kalau ada, ada. takde cari lain.' lelaki eksistensial lah katakan. pehh.

p/s (III) : umur sekarang boleh lah cerita, masuk umur 25, bila member2 dah kahwin, baru menggelisat nak cari awek bini. padan muka.


Saturday, June 1, 2013

bola tu bulat

"Kalau ada benda yang abang boleh menitis air mata ni, bola sepak tempatan lah." - KJ (2013)


Kita semua bersatu bawah bendera Malaysia.
Tapi terpisah bawah bendera negeri.
Semangat kenegaraan kita kuat.
Tapi semangat kenegerian kita lagi kuat.

Bawah bendera negara kita bersorak.
Bawah bendera negeri kita mencaci.
Tak kena bunyi dia.
Tak patut rasa dia.

Bahan-membahan tu biasa dalam bola sepak.
Hari ni kau bahan aku, esok lusa aku bahan kau balik.
Macam aku bahan member aku pasal Torres.
Esok aku kena bahan balik pasal Valdes(baca 'tunggul')

Benda tu biasa.
Tapi caci-mencaci ni yang tak nice.

Kau 'up' negeri kau.
Aku 'up' negeri aku.

Dah.

Tapi jangan caci negeri aku.
Jangan caci bendera aku.
Sebab 'end up' kita duduk bawah satu bendera yang sama.
Bersorak kerana baju yang sama.

Chill lah.

Tapi tak semua macam tu.
Aku pernah pergi tengok bola kat stadium Shah Alam.
Johor kena tibai 4-1.

Habis game dah.
Semua chill je.

Fan Selangor siap salam cakap 'Nice game bro. JDT main nice cuma tak ada luck.'.
Balik guwa kena bahan lagi dengan member guwa budak Selangor pun tak ada hal.
Esok lusa Selangor kena balik kat Shah Alam.
Biasa lahh.

Barca pun kena tibai 7-0 rilex je.
MU pernah kena tibai 6-0.
Real Madrid pun pernah kena 6-1.
Liverpool apatah lagi, eh malas aku nak cakap lah

Bola kan bulat.

Aku nampak satu swing baru dalam Liga kita.
Fan kita makin berminat dengan bola tempatan.

Bukan sebab JDT.
Bukan sebab TMJ.
Tapi sebab kesedaran.
Tapi sebab bosan.

Bosan sebab balik-balik pakai baju kelab bola negara orang.
Bosan sebab balik-balik sembang pasal 'transfer player' kelab bola negara orang.

Bola sepak tempatan kita makin maju. 
Fan pun kena maju.
Baru boleh buat stadium macam EPL
Baru nampak kita setaraf dengan Mat Saleh.

FAM pulak boleh ke longkang.
Selagi ahli keluarga monarki berkuasa dalam FAM
FAM itu dikira bangsat
FAM itu dikira buta

Bukan menghina sultan
Bukan menghina monarki
Tapi FAM dah terlalu rosak

Ranking dikatanya tak penting
Mengkritik disuruhnya diam
Nak kata bangang memang bangang
Nak kata bebal memang bebal


"FAM ni satu ceritalah, Lailahailallah. Abang kalau nak cakap pasal FAM, abang tak tahulah. Macam-macam perkataan keluar nanti." KJ (Meter, 2013)

"Saya dengar ura-ura negara kita nak bida untuk Piala Dunia 2034...sedangkan Semi final piala FA pun tak terurus" KJ (2013)

Menteri Belia dan Sukan dah bersuara pasal FAM
Tunggu masa nak gegar itu presiden monarki
Jangan goyang jangan gentar
Kasi buang monarki dari FAM

Betul dia cakap
Kita nak bida Piala Dunia kononnya
Tapi 'game friendly' kelas A kau lari
'Game friendly' bertaraf kelab kau pilih

Ranking tak penting katanya
Kepala hotak kau ranking tak penting

"bola tu bulat bro."-Sapik (2013)


p/s : asyik layan perasaan je. layan bola lagi best kot

p/s (II) : tahniah JDT pergi final piala FA. apapun, good game Pahang. kita tetap bersaudara. duduk satu bendera jugak nanti kan.

p/s (III) : final nanti siapa pergi stadium Shah Alam roger aku woi. kita gerak sama! persetankan final exam!

p/s (IV) : aku tak tau cara penulisan aku ni pantun atau gurindam atau syair. aku sendiri konfius. tapi pedulilah. janji orang faham.